Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Tuesday, 27 August 2013

Gambar Pertunangan Syanie dan Nadi Putera


Selepas 11 tahun menjanda, kini Syanie kembali menjadi tunangan orang, Nadi Putera. Ketika umat Islam masih sibuk meraikan sambutan Aidilfitri, Syanie dan Nadi telah selamat mengikat tali pertunangan pada 10 Ogos lalu dalam satu majlis yang diadakan di rumah pelakon itu di Petaling Jaya, Selangor.

Detik perkenalan mereka sebenarnya sudah lama berlaku apabila Nadi bekerja di syarikat milik keluarganya sejak tujuh tahun yang lalu. Nadi yang pernah berumahtangga mempunyai dua 
orang anak lelaki iaitu Mohd. Putera Danish, 5, dan Mohd. Putera Dafiq, 4.
Mengenai harapannya selepas selamat bergelar isteri Nadi kelak, Syanie memohon agar semua peminat dapat mendoakan kebahagiaan mereka berdua sehingga ke akhir hayat.
Majlis pernikahan mereka telah dipilih pada 1 Mac 2014 bersempena dengan cuti persekolahan.

Tandas jadi tempat tinggal

Shenyang: Berdepan dengan harga dan sewa rumah yang tinggi, sebuah keluarga menemui jalan aneh untuk mengatasi masalah kekurangan kediaman di sebuah daripada bandar raya terbesar China dengan mengubah suai tandas lelaki untuk dijadikan tempat tinggal.
Ketika Zeng Lingjun berpindah ke Shenyang untuk mencari pekerjaan, lelaki berusia 33 tahun itu mengambil keputusan, daripada mencari rumah di bandar raya berkenaan yang dia yakin tidak mampu membeli atau membayar sewanya, adalah lebih baik dia menyewa tandas hotel yang tidak digunakan.
Foto
ZHENG anggap rumahnya ‘kecil tetapi lengkap.’
Zeng yang bekerja sebagai tukang kasut berpindah ke tandas itu yang seluas 20 meter persegi pada 2006. Apabila berkahwin dengan Wang Zhixia pada 2010, isterinya juga berpindah ke situ. Begitu juga dengan anak mereka, Devi yang kini berusia dua tahun.
Meskipun ganjil, dengan tandas buang air kecil masih melekat di dinding, Zeng menyifatkan rumahnya itu sebagai ‘kecil tetapi lengkap’ dengan berkata, mereka sudah biasa dengan bau hancing dan busuk.
Dia begitu berpuas hati dengan keadaan rumahnya itu hingga menamakan anaknya ‘Devi’ yang bermakna memenuhi kepuasan seseorang.
Sebaik berpindah ke tandas itu, Zeng membuat pengubasuaian, memaku papan di atas satu daripada tandas untuk membuat katil yang menghadap sebuah televisyen kecil. Televisyen berkenaan diletakkan di atas meja antara dua tempat buang air kecil.
Foto
ZHENG, isteri dan anak mereka menonton televisyen yang terletak di tengah dua tempat buang air kecil.

Dua ruang lagi dijadikan tempat almari baju.
“Saya berpuas hati dengan apa yang saya ada sekarang. Hidup saya kini lebih baik jika hendak dibandingkan sebelum ini,” katanya dalam satu wawancara dengan Englishnews.cn.
Di luar ‘kamar tidur’ mereka, yang sebelum ini menempatkan sinki membasuh, dijadikan dapur dan bengkel Zeng.
“Ia tidak sesuai untuk memasak tetapi saya sudah biasa,” kata Wang, bekas tukang cuci.
Zeng membayar kira-kira 8,000 yuan (RM4,000) setahun untuk menyewa tandas itu daripada hotel berkenaan. Dia diberikan ruang percuma di depan bangunan, tempat dia bekerja mengilat kasut pelanggan.
Secara purata, dia memperoleh pendapatan kira-kira 2,000 yuan sebulan dengan mengilat dan membetulkan kasut, lebih separuh daripada gaji maksimum yang ditetapkan pihak berkuasa Shenyang. - Agensi

Thursday, 22 August 2013

Atuk, nenek brutal

Foto
PETUGAS ambulans memeriksa kecederaan lelaki terbabit.
Foto
WANITA terbabit memeriksa kecederaan dialami.

Sungai Siput: Hanya kerana wang RM36 yang hilang, satu pasangan suami isteri warga emas bergaduh hingga menyebabkan kedua-duanya cedera parah dalam kejadian di kampung baru, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari kelmarin, pasangan terbabit ‘berperang’ apabila si isteri berusia 66 tahun menuduh suaminya yang berusia 73 tahun mencuri wang. 
Sumber polis berkata, tuduhan isterinya menyebabkan si suami menetak kepala isterinya dengan parang, manakala si isteri mempertahankan dirinya dengan tukul besi.

Berdasarkan siasatan awal, si isteri berjaya merampas parang yang digunakan suaminya itu sebelum membalas serangan dengan menetak suaminya pula.
“Tidak cukup dengan itu, si isteri turut menyimbah minyak panas ke atas suaminya menyebabkan mangsa menjerit kesakitan yang didengari jiran mereka.
Sumber: Harian Metro
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...