Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Wednesday, 6 August 2014

SAKA KETURUNAN #PART 2

Assalamualaikum

Sebenarnya bukanlah family aku ni ada saka, tapi we olsss slalu face this shit. Either family aku y7ang taksub atau memang benda tu ada dengan kitorang. Before this (story part 1), aku citer what happened to me few years ago. Now, umo aku dah 24 tahun but benda tu jadi balik. Benda tu benda apa? Ala yang sakit gatal-gatal kat badan. Gatal-gatal nih memula akan naik bengkak kat anggota badan kau dulu, pastu kau rasa gatal sangat sampai kau rasa nak rendam satu badan dalam air panas yang tengah mendididh atas dapur.

Yang sakit skang ni memula jadi masa aku solat terawih kat surau uma aku. At first, aku ingat aku alergik karpet kot. Bila rakaat ke 4 solat terawih je, aku dah start menggelupur gatal. Tapi aku tahan sampai witir. Nasib baik surau aku buat 8 rakaat + 3 witir. Kalau buat 20 rakaat, mungkin aku dah chow awal2 sebab frankly speaking, memang sangat2 gatal. Aku rasa nak je jerit kat imam tolong baca cepat sikit boleh. 

Bila abis je salam solat witir, aku dengan pantas lipat telekung dan chow balik. Dah sampai uma, cam beruk je tergaru-garu. Benda ni continously happen sampai after raya. And skang jadik tak menentu. Kadang pagi subuh, kadang tengahari, kadang malam. Kadang bila berpeluh je mula rasa tak selesa. Aku tak tahu la aku ni alergik  makanan atau habuk. Tapi aku takde resdung. So most probably memang aku rasa food  is the reason. 

Then, aku sibuk ngadu ngan mak aku. Tak sangka actually mak aku pon penah kena gatal-gatal cenggini masa muda dulu. Aku tanya apa penawarnya. Mak aku suh aku pantang makan. Maksudnya aku takleh makan daging la pasni. Tetiba mak aku masuk cerita pasal keturunan dulu-dulu. Aku malas nak pusing kepala ambik taw. Last2 mak aku cakap, "satu hari nanti kamu mesti akan selidik sape keturunan kamu dan kenapa kamu kena berpantang makan".Whoaa seriusly aku dah cuak. Aku harap family aku ni just normal dan bukan keturunan peliks-peliks.

Tapi aku percaya, semua berlaku ni adalah ujian Allah buat aku. Banyak sangat dosa yang aku  buat. So, Allah balas 'tunai' kat dunia lagi. Aku harap aku sempat bertaubat sebelum nyawa aku ditarik oleh-Nya.

SAKA KETURUNAN #PART 1

Assalamualaikum

Aku actualy takde la caya sangat kalau family aku ni ada terikat dengan saka. But one thing, aku sendiri pernah alami benda mistik ni sendiri. Fine, its up to ur perspective either u want believe it or not. Kalau aku paksa pun bukan kau nak percayakan unless kau rasa sendiri.

Aku kena masa lower form. If Im not mistaken, form 1 or 2 kot. Badan aku jadi gatal-gatal teruk. Yang weirdos tu, gatal-gatal aku ni hanya menjadi right after maghrib. Senang kata bila azan maghrib berkumandang je, badan aku dah start naik gatal-gatal. Time ni aku kat hostel Tun Perak Muar. Parents aku lak kat Gombak, opkos la sebab uma aku pon kat Gombak. Aku je gatal study jauh2. Sakit aku ni mula terjadi lepas embah (panggilan nenek bagi orang jawa) aku bagi kain batik. Kain batik tu asalnya ada orang bagi kat embah aku. So disebabkan kain batik tu sempit dan saiz untuk anak dara, embah pon bagi la kat cucu dara dia ni. Semenjak aku guna kain batik tu baru aku dapat sakit mistik ni.

Masa mula gatal-gatal, aku ingatkan aku alergik peluh atau makanan je. Tapi, bila consult dengan doc, he gave me calamine lotion je pon. Bila aku guna calamine lotion ni, aku tak rasa pape. Gatal-gatal aku tak sembuh sikit pon. So aku citer kat parents and masa ni la baru aku taw yg gatal-gatal ni berpunca dari kain batik tu. Sebab ayah aku ada jumpa ustaz and ustaz tu trace la kengkononnya. Actually, embah aku pon ada kena sakit mistik gak tapi cara lain. Yang kena tempiasnya aku la sebab aku yang dapat kain batik tu. Kengkononnya lagi, orang yang nak kenakan embah aku tu hantar 'barang' dia thru kain batik. Hambikkk kau odah!!! Tak memasal aku yang kena.

Macam-macam sweet memory masa aku kena sakit mistik ni. Warden aku memang concern giler and siap kasi aku pelepasan untuk stay dalam dorm and takyah g prep (maksudnya study la oiii). So, aku pon amik la kesempatan ajak dua orang besfren aku stay dalam dorm. Walaupun sakit cenggitu, tapi sangat heaven hokayyy kalau dapat skip prep.

Ok ni citer masa nak berubat pulak. Aku pon tak ingat camne aku boleh baik dari gatal-gatal tu. Tapi, yang g berubat hanya embah aku je la. Sebab 'orang' tu sakit hati dengan embah aku, bukan aku. So bila embah dah berubat, aku pon jadi okay. Dah stop gatal-gatal. Pasal kain batik tu pulak, memula aku takut nak guna tapi lama-lama aku guna jer. Sebab kain batik anak dara kot, selesa untuk aku. Kain batik mistik kini dah jadi tabir almari aku jer.




Monday, 21 April 2014

Gembiranya dia

Ya Allah... tiada ungkapan yang bisa kusingkapkan melainkan syukur pada-Mu. Alhamdulillah keadaan dia masih baik. Masih sihat. Masih gembira. Cuma aku tidak pasti, adakah asli kegembiraan itu? Atau dia cuba menyembunyikan keresahan hati?

Sayu hati tatkala terpandangkan si dia di sebalik dinding kaca. Kami hanya mampu berborak melalui talian telefon yang sudah digam didinding meja, dikelilingi pila dengan pelbagai orang.

Ya Allah, suatu masa dulu kami diuji dengan keadaan hospital. Kini kami diuji dengan keadaan terkongkong. Kuatkanlah hati-hati kami ini Ya Allah.

Ya Allah, suatu masa dulu kami ditindas dengan ketiadaan rumah. Kini kami juga ditindas oleh undang-undang manusia.

Aku sering berasa kerdil berada bersama teman-teman. Siapalah aku berbanding mereka? Aku yang dulu hanya tinggal di pondok. Guna air perigi je.

Arggghhhh duhai hati, janganlah kau merungut. Ini saat kesusahanmu. Maka bangkitlah kamu mencari jalan keluar.

BARANGSIAPA YANG BERUSAHA, PASTI AKAN BERJAYA


Saturday, 19 April 2014

UJIAN ITU BERAT

Ya Allah

Berat, sungguh berat ujian yang datang kali ini. Kepada aku, umi, along, adik beradik aku yang lain dan terutamanya ABAH. Ya Allah, aku berdoa kepada-MU, semoga ABAH kuat menghadapi ujian ini. Disaat kesakitan dia melanda, disaat dijatuhkan hukuman, disaat berada disana.

Undang-undang manusia memang menyusahkan lagi membebankan.
Apakah salah seorang ayah mencari sesuap nasi untuk keluarganya?
Apakah salah seorang ayah saat dijatuhkan hukuman?
Apakah salah seorang ayah saat dibenci oleh pihak berkuasa?

Ya Allah, berat, sungguh berat. Aku dapat rasa seperti sesuatu didalam hatiku. Seperti satu benda yang berlegar-legar dan berputar-putar didalam sana. Tidak dapat kuluahkan dan tidak dapat juga aku ludahkan. Dunia ini hanya memandang kita apabila kita punya harta, punya kuasa. Tapi Allah Yang Maha Besar, Maha Berkuasa memandang kita pada iman dan takwa.

Aku percaya pasti ada hikmah disebalik semua ini. Tidak akan dibebani sesuatu hamba itu melainkan dia tabah menghadapinya. Itu jaminan Allah. Disaat teman-temanku bergurau-senda bersama keluarga, aku disini meratapi nasib diriku, keluargaku.
 

Sunday, 18 March 2012

oh my bad

assalamualaikum..

today i felt very tired. i didnt start yet reading my notes for the coming midterm. this is me. i always take easy on everything. then if anything bad happen baru nak menyesal. anyway, i believe in Allah. if i am sincere in doing job, HE will bless me. Insya Allah.

i started my day by doing revision with my bff, atiqah. actually its not revision but sort of tutoring. she asked me to teach business finance at mcd. we studied till lunch hour.

then i pick up my little bro and send him back home. i just feel geram with him. i dont know why. then at home, he asked me something. he want to borrow my skuter. i felt uneasy everytime i let him using my skuter. and it is true. something bad happen. skuter rosak.

i cant control myself and marah dia. astaghfirullah. not him only, everyone has been scold by me. thats why i feel so terrible, annoying, disgusting etc. hati rasa tak tenang je sebab dah marah teruk sangat. i love him although he always make my whole family annoyed by his attitude.

anyway shaari,  ko takkan baca blog ni sebab ko tak tahu kewujudannya. tapi orang mintak maap sebab takde intention pun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...