Monday, 21 April 2014

Gembiranya dia

Ya Allah... tiada ungkapan yang bisa kusingkapkan melainkan syukur pada-Mu. Alhamdulillah keadaan dia masih baik. Masih sihat. Masih gembira. Cuma aku tidak pasti, adakah asli kegembiraan itu? Atau dia cuba menyembunyikan keresahan hati?

Sayu hati tatkala terpandangkan si dia di sebalik dinding kaca. Kami hanya mampu berborak melalui talian telefon yang sudah digam didinding meja, dikelilingi pila dengan pelbagai orang.

Ya Allah, suatu masa dulu kami diuji dengan keadaan hospital. Kini kami diuji dengan keadaan terkongkong. Kuatkanlah hati-hati kami ini Ya Allah.

Ya Allah, suatu masa dulu kami ditindas dengan ketiadaan rumah. Kini kami juga ditindas oleh undang-undang manusia.

Aku sering berasa kerdil berada bersama teman-teman. Siapalah aku berbanding mereka? Aku yang dulu hanya tinggal di pondok. Guna air perigi je.

Arggghhhh duhai hati, janganlah kau merungut. Ini saat kesusahanmu. Maka bangkitlah kamu mencari jalan keluar.

BARANGSIAPA YANG BERUSAHA, PASTI AKAN BERJAYA


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...