Saturday, 15 January 2011

kenapa ada manusia yang berhati busuk?

adoyaiii...takde masalah pergi tempah masalah. bila dah dapat masalah tak dapat pulak nak handle. siapa suruh u cari masalah. kesimpulannya jauhkanlah diri u'ols dari masalah.


sekarang ni i tengah makan dekat mahalah saidina ali. fuyyoo pecah rekod tu 1st time makan di mahalah brother. memang makanan terbaik la korang + sedap + murah + environment yang sangat lawa dan pendek kata terbaik la. hehehehe. promote mahalah ali kejap ye.

back to the topic, i nak beritahu u'ols yang dekat dunia luar sana tu, i dah penat nak hadapi orang2 yang hati busuk macam sampah. walaupun i just kena tempias sahaja, tapi i tetap rasa sakit. cuba u'ols bayangkan kalau orang yang betul2 kena. ish... mau terjun longkang rasanya. kalau terjun laut nanti mati berdosa pulak.

urmmmm. Miss Rrrr ni mengarut cerita apa la. cuba straight to the point. cerita macam taknak cerita je. kalau taknak cerita tak payah la post entry.
betul tak u'ols? hahahahaha. padan muka Miss Rrrr. buweekkk......

oki2..... disini Miss Rrrr mintak ampun maap sebab dah lama tak post any entry walau pun sependek mana. sebab short of time kot. dulu ada sorang uncle ni pesan,

sebenarnya orang yang malas sering mengatakan tidak cukup masa padahal orang yang rajin seringkali mengatakan banyak gila masa yang dia ada.
sebab tu lets say orang yang buat business, banyak je masa dia nak manage company, family, etc. cuba tengok orang yang malas, seringkali cakap adoyai tak sempat nak siapkan assignment, tak sempat nak dating, tak sempat nak baca Quran dan macam2 lagi la. so u'ols nak choose which one?

lain kali i cerita pasal manusia hati macam tong sampah. sometimes lagi teruk dari tong sampah.

Friday, 14 January 2011

abah..orang nak kawen boleh??

        










        the moment i asked that question to my abah, dalila(my besties) were with me. hahahahahhaha. cannot forget la. if u guys tengok abah's face totally change. urmm actualy saja2 tanya soalan maut sedemikian to abah. lucky abah takde sakit jantung.

         tempat kejadian berlaku di dalam kereta semasa baru pulang dari seminar Qmaths di SMK Teluk Gong, Klang. nasib baik time tu si yusuf(kawan abah a.k.a kawan i) takde dalam kereta. kalau tak mesti dia pikir i ni gelenyar(menggatal) dalam kelantan languange kot.

          after 2 weeks tetiba abah bangkitkan balik cerita ni. hahahahahahha. abah said actualy he was shock when i said that statement. abah tak sangka i would asked that kind of question bcoz before this i jarang share bab2 feeling dengan family. if with my friends maybe some of them know it. heheheehheehe kelakar nyer la abah ni. ok what i asked him bcoz im already 21. saja oda ni gedik2 nak tulis no.tu besau2.

         when i asked my umi lagi teruk i kena marah. kejadian ni berlaku dalam kereta jugak tapi at that time hanya umi and along in the car. along cool je dengar tapi umi dah marah2. ada ke patut umi perli i. umi cakap belajar pun pinjam duit dah menggatal nak kawen. huahuahua......

          bila soal kawen ni dibangkitkan sesama kawan, ia memang akan jadi topik hangat seolah-olah masing2 dah berumur lewat je. hehehe. i pernah dicabar supaya cari couple within 2 months. apa kau ingat aku desperado ke? tak main la main terjah camtu. biar slow tapi nampak hasil yang best. betul tak?

Wednesday, 22 December 2010

ke'busy'an melanda diri





urmmmm..lamanya Miss Rrrr tak update Mr.Online Diary a.k.a Blog ni. hehehe. rindu sangat2 nak menulis tapi bila sudah start semester baru + aktiviti kokurikulum + bisnes + tutor kelas + ......= BUSY mengalahkan bos Petronas. nasib baik kelas wataniah tak start secara formal lagi. kalau tak memang botak kepala Miss Rrrr.

tapi walau sesibuk manapun kita jangan lupakan makanan untuk tubuh badan kita. aik..badan kita pun ada makanan ye. ish.. mestilah kalau tidak macam mana nak jadi kuat dan sihat macam ni.
sumber : google

tapi biasanya fenomena kat Malaysia ni jarang orang nak exercise especially girls2 yang cute mute. kalau lelaki memang exercise ni merupakan makanan mereka petang dan malam. tengok tu betapa tak cukup masa exercise petang sanggup exercise malam2.

semenjak Miss Rrrr duduk dalam mahalah salahuddin al-ayyubi ni, Miss Rrrr perhatikan tak kira brothers or sisters masing2 akan bersenam tiap2 petang. wow..ini merupakan satu achievement bagi Miss Rrrr sebab jarang sangat dapat tengok sepasukan pelajar yang cooperate untuk exercise.

kalau semester lepas Miss Rrrr rajin la jugak swimming ke joging ke. tapi semester ni Miss Rrrr jadi fanatik nak main futsal. tapi takde geng yang betol2 boleh main. masing2 busy je tapi kenapa budak laki boleh je main tiap2 ptg? adakah member2 Miss Rrrr hanya tahu bagi alasan. hahahaha harap2 takde la member2 Miss Rrrr yang baca entry ni. kali ni Miss Rrrr nak tunjuk pic2 masa main futsal dengan budak wataniah.




sebenarnya banyak lagi pic nak upload tapi macam kura-kura jln je nak tgu upload ni. so 2 ni pun oki la jugakkan. hehehe.  nanti bila ada masa Miss Rrrr upload ye.


Wednesday, 15 December 2010

shades contest

alamak..terlewat nak join contest ni. tadi Miss Rrrr baru je nak buat entry tapi sebelum tu mengecheck dulu bila tarikh tutup contest. memang takde rezeki Miss Rrrr la ni ye. adoyai tapi Miss Rrrr still nak post jugak shades pic. penat2 Miss Rrrr posing sebelum pergi kelas taw. tah pape ek dok ss(syiok sendiri) sorang2. cowy2 cik shamira saya tak sempat nak join kamoo.


hahaha..malu je

Friday, 10 December 2010

GiveAway Akhir Tahun 2010 by TokEsah

tadi daku ingat nak post tentang booth wataniah tapi lepas tengok chatbox rupanya daku ditag oleh member daku yang sorang ini cik seha. contest ni dibuat oleh Tok Esah(kompius la laki ke pompuan ek tok ni).excited jugak ye nak taw hadiah Tok Esah ni.kalo de rezeki daku tak kemana ye tak teman2??

berikut nih syarat2 kalau korang nak join ye

1. buat entry  "GiveAway Akhir Tahun 2010"
and letakkan sekali gambar ni dan link kan terus ke entry ni
http://taq6889.blogspot.com

2.Jangan lupa letakkan gambar ni skali kat side bar blog korang  
dan link kan terus ke entry ni ye. Kalau pic besar sangat, korang tolong kecikkan ye.

3. Menjadi follower/cucu Tok Esah. Kalau tak nak pun tak paksa.
Kalau dah tu tak pe lah.

hehe.daku baru sahaja jadi follower Tok Esah
4. Buat satu slogan tentang, " Azam saya tahun 2011 ialah........"
tak lebih 100 patah perkataan. 

Azam saya tahun 2011 ialah nak buat bisnes n kumpul duit banyak2 sebab nak tolak ptptn.pastu sebagai pelajar mestilah saya nak improved CGPA kalo boleh 100%.hehe tinggi tu angan2 ni.walaupun nak sukses dalam akademik tapi saya nak aktif jugak dalam ko-ku esp wataniah.pastu tiap2 petang ke malam ke saya nak PAKSA kawan2 pergi jogging.kesian sape jadi kawan2 ku ye.tak lupa juga tanggungjawab sebagai anak,mestilah saya nak buat yang terbaik untuk family esp umiku sayang n nak elakkan berkasar dengan mereka.sebenarnya bukan nak berkasar tapi sebab terlalu sayang la jadi kasar ni.yo la tu.kalau sebagai teman pulak,saya akan cuba bantu korang semampu n sedaya mungkin sebab i love u'ols.

 5. tag 3 orang @ lebih blogger 
lain dan pastikan diorang tahu bahawa mereka telah ditag!
6. Dan last sekali, 
jangan lupe tinggalkan nama dan link entry penyertaan korang kat 
kotak komen entry "GiveAway Akhir Tahun 2010"  kat blog Tok Esah
Tarikh Tutup:
1/1/2011, jam 11.11pm

Thursday, 9 December 2010

UIA membuatkan aku jadi burung hantu



sejak stay kat uia ni aku dah bertukar menjadi burung hantu. adoyai apa ke idaknya. sekarang nih dah pukul 2.30 pg tapi mata still celik. kalau kat rumah asal pukul 11.00mlm mesti dah tergolek atas katil pastu mimpi sampai korea lagi tu. tapi kalau dekat uia ni, aku dok guling-guling atas katil pun tapi masih segar-bugar.

lagi beberapa hari je lagi tinggal untuk mula sem baru. kalau aku asik jadi burung hantu je habis la. mesti kepala ku akan berpusing-pusing macam bintang-bintang yang berpusing kat atas kepala tu. adoyai. can not go la macam ni.nanti dalam kelas tak dapat fokus.

disebabkan kejatuhan gpa aku, maka aku perlu berusaha keras. kalau stay hostel dapat fokus n problem pun tak banyak. pasai apa aku kata takdak problem? sebabnya tuuuttt... alamak line tak clear pulak.

bila waktu tidur dah tak betul makanya aku akan sakit kepala. pastu macam mana nak hilangkan sakit kepala tu, lu pikirlah sendiri. hehe.baik aku pergi tidur. besok kena jaga booth wataniah. nanti kalau lewat habislah kau ye.

Monday, 6 December 2010

..in trouble..help me!!

hancus segalanya.

apa nak jadi nih.woa..woa..
result sem ni terok sgt2.
gpa sgt menghampakan but lucky cgpa x terok.

so next sem will be a new beginning to make dream comes true.
once your pointer drop, u will never make it high again.
IS IT TRUE?

Islam teaches us not to give up.
i still can make way to achieve my dream.
and now i am waiting to go to which department?
is it accounting or economics? 
i wish to be in an accounting department.
pray for me ;)

Sunday, 5 December 2010

oo..MBAHku sayang!!!

HAI semua
petang ni nak cerita sikit pasal mbah@nenek. tapi cerita pasal masak2 la.  tengahari tadi kitorang plan nak masak pecal. sebelum pergi kedai untuk beli barang2 nak masak, aku intai peti ais dlu. ye la kan. kalo brg tu dah ada tak payah beli lagi kan.

so first thing aku cari ialah kacang tanah. tapi dalam peti ais hanya ada kacang tanah yang dah siap ditumbuk. ready made punya la bukan aku tumbuk sendiri. aku cakap dgn mbah, "emm kacang ni ada mbah so kita tak payah beli la ek". mbah jawab dgn komfiden, "eh2 taknak la yang tu.mbah nak kacang tanah yg betul2 belum hancur. nanti mbah nak goreng sendiri". 

aiseh aku dah terpikir yang bukan2. ni kompem lepas nih masak aku dibuatnya. n bila tiba masa nak memasak memang betul jangkaan ku. bila bersama dgn mbah semua guna manual. tak main auto2 nih ye. ni aku cerita cara nak buat kuah pecal ikut zaman nenek2 kita dulu.

  1. kena goreng bawang putih,bawang merah n halia yang telah dihiris halus. goreng sampai kering taw nanti tak sedap kuah tu.
  2. goreng cili kering tapi jangan sampai hangus sebab nanti kuah jadi pahit.
  3. goreng kacang tanah sampai kulit kacang bertukar warna coklat pekat n make sure jgn sampai hitam legam ye.
  4. korang tunggu bhn2 yang digoreng tu sejuk sikit pastu  baru boleh tumbuk dgn batu lesung. nanti melecur tgn2 korang yang lembut licin tu.
bayangkanlah mbah aku nih, walaupun dah ada kacang tanah ready made tapi dia still nak buat sendiri. agak2nya bila zaman cucu cicit dia nanti kacang tanah pun dah tak kenal. mungkinkah?

Wednesday, 1 December 2010

aku giler bisnes!!



tribute to en.hilmi. kawan abah yang banyak sangat tolong aku. beliau yang membuka mata aku tentang dunia bisnes. dalam 2 tahun ni, dah 3 projek dia offer kat aku.

  • projek kad pintar bersama bank rakyat - kerja ni macam rumit sikit and margin pulak kecik sangat. tapi kira oki jugak la sebab boleh kerja dari rumah je.
  • projek air soya - kalau aku ada kereta or van or lori or paling cikai pon motor roda 3 sure aku akan buat projek ni. air soya yang dihasilkan memang superb. 1st time aku rasa air soya yang memang sedap + enak + lemak. 
  • projek bersama Qmaths - aku berperanan sebagai person in charge yang patut mencari aperantis untuk program ni. tapi aku tak paham dengan pelajar2 ipt sekarang. im not talking about UIA students but in GENERAL ipta students. bila aku sebut je maths mula la masing2 buat alasan. tak cakap pun lagi apa tu qmaths. baru ku tahu begini susah untuk menjalankan bisnes. aku amat berharap projek ni berjalan lancar sebab beliau amat mengharapkan aku.
dalam waktu yang sama, aku merupakan seorang pelajar. apakah aku mampu untuk melakukan dua kerja dalam satu masa. plus dengan wataniah aktiviti lagi.

Orang yang ingin berjaya tidak akan memberikan alasan untuk bertindak. Sebaliknya dia akan cuba mencari jalan untuk merealisasikan impiannya
p/s:adakah awak percaya bahawa IQ kita akan improve 20% bila kita melakukan aktiviti lain selain belajar?

Tuesday, 30 November 2010

sweet 20th..




hepi bufday to u
hepi bufday to u 
hepi bufday to oda
hepi bufday to u

woawoa nyannyi sorang2 je la kau. but i am grateful because so many friends wish to me. yang tak disangka pon ada jugak yang mesej. kalau kat fb xyah cakap la.berderet-deret yang wish. thanks guys. love u all.

first time ada orang nyanyikan lagu untuk aku as birthday present. nasib baik through the phone only. kalau depan mata tak tau la nak buat pe.hehe. tapi bukan lagu epi bufday yg kat atas tu. aku request lagu cinta terakhir-aiman dan satu lagu dari pilihan dia gerimis mengundang-slam. tah pape la bagi lagu jiwang. aku bukan layan lagu2 lama nih.

dulu masa zaman muda2, kalau orang tak wish mesti aku dah luahkan kat atas kertas. konon2 macam diari kertas la. pastu kertas tu campak merata nak bagi orang lain baca. hehe pastu dapat la wish. memang sikap tak syenonoh je.

p/s : sebenarnya dah lme aku nak post pasal bufday ni.tapi sebab tenet cam kura;kura so mmg da lmbt seminggu.n byk cerita yang dah ditulis tetiba terdisconnect.so hilang semua cerita
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...