sungguh lama rasanya i tidak menulis diari. dulu masa zaman sekolah i
selalu ambil 15 min sebelum tidur untuk tulis kejadian
yang berlaku setiap hari.
sekarang many things happen in my life. dugaan yang datang saban hari kadang2 menggugat jiwa i yang rapuh ini. minggu lepas abang i eksiden. jatuh gaung dekat genting sempah. u'ols tahu perasaan i bila dapat tahu perkara ni. masa tu hari ahad i tengah study sebab isnin ada midterm exam. tetiba umi i call dan bagitahu abang i sesak nafas sebab eksiden.
ya Allah, berdebar giler i rasa time tuh. terus i call along (kakak sulong) dan ajak dia pergi hospital selayang. bayangkan i naik skuter dari UIA ke keramat AU dalam 15 min SAHAJA. first time i bawak around +100km/h. bila otak kita dah serabut risaukan something, otomatik kita akan react luarbiasa.
i datang dari jam 12.00tghr dan waktu tu abang i dah masuk operation room sampai jam 4.00ptg. jam 5ptg i and along yang pergi tengok my bro dlu. hati i rasa sedih dan nak pecah je bila tengok abang i dipasang wayar dan oksigen. pastu umi masuk bilik icu dengan abah. umi masuk dengan gentle je tapi bila keluar ada suram diwajah umi dan akhirnya empangan umi pecah bila i lihat hidung umi merah menyala. pastu jam 7 ptg along and i balik.
jam 10mlm tetiba i dapat call nurse mintak datang hospital. i try to call umi and abah hundred times tapi tak berjawab. lagilah i risau. then bila sampai je hospital, abah n umi dah lama sampai pun. doktor cakap kat abah yang hati abang i terpaksa dibuang separuh sebab hati dia koyak.

patutnya sekarang ni UIA midbreak, i plan nak duduk UIA je tapi tetiba dapat call dari umi i mintak i balik kalau takde kerja. nada umi sangat2 sedih and i rasa i ni teruk sebab at least i support umi. u'ols tahu tak beza home and house? i rasa bila i balik i ada house je tapi takde home. i respek dengan umi sebab semangat seorang ibu memang tak pernah tahu erti penat. *tetiba i rasa nak pinjam bahu orang.
1 comment:
Sabarlah ye. Mesti ada hikmah disebaliknya. Banyak-banyakkan berdoa. InsyaAllah.
Post a Comment