Saturday, 2 February 2013

Apabila Usia Kian Meningkat


Apabila usia kian meningkat & kedewasaan mula menular di hati, aku tidak dapat lari dari realiti hidup yang manusia mahu menyayang & disayangi. Aku mula sedar apa ertinya ungkapan sehari tak berjumpa umpama setahun lamanya. Rindu menyeksa batin tapi nikmat sesudahnya tak terucap oleh kata2. Sedar jua aku...Mengapa ada yang lari dari realiti sehingga lautan api sanggup direnangi...

Biarkan persoalan cinta tuhan...Itu lebih sukar didefinisi, biar bermain dgn cinta manusia, itu sudah cukup hebat terasa.

Dulu di kolej, forum tentang cinta seolah kurang maknanya buat aku. Tapi kini persoalan itu berubah serius. Namun aku tak fahami. Memang bila menyelami persoalan cinta terasa murni & indah segalanya. Bila masing2 saling mempercayai, jujur & tiada khianat. Seolah-olah segala macam persoalan & lingkungan masalah yang menjadi realiti hidup terketepi.

Semakin dalam menyelam, saling berperasaan antara satu dengan yang lain seolah-olah punya chemical bond yang cukup kuat hinggakan kita terasa sanggup buat apa jua demi insan yang kita cintai. Hebatnya cinta. Tak usah lari dari realiti. Itu hakikatnya.

Namun, bagaimana aku bisa mengungkap persoalan ini. Apabila kita disulami rasa cinta & tidak tenggelam dengannya, tidak buta kerananya, waras & rasional, tahu mana arah tuju cinta. Maka lebih nikmat cinta itu terasa sebenarnya. Patutlah insan yang menahan & bersabar sehingga akhir hayatnya seolah2 syahid kecil buatnya. Berat perasaan yang tertanggung bisa membuat insan gila  & bila sampai seru, masa yang sesuai & berani utk mencapai tujuan maka hasrat pun dinyatakan pada insan itu. Lantas hubungan itu dimulai (bukan diakhiri) oleh pernikahan & bermulalah kisah cinta yang tidak seharusnya bermula sebelum itu.

Bila manusia tenggelam dalam lautan cinta yang tak bertepi, karamnya itu juga selalu bermakna karamnya dia dalam lautan dosa. Kehidupan aku di UK, aku seolah2 melihat(tak tahu betul x) cintanya muda mudi hanya dihiasi seks dan mudahnya mengungkap kata cinta pada kawannya. Namun selalunya tak kekal lama. Namun bila berbekal prinsip & jalan yang benar, maka hebatnya dugaan membuat bertambah rasa cinta & ingin. Budaya ketimuran yang aku pegang aku sedar rupanya banyak memelihara aku dari terkandas di persimpangan, tak tahu memilih yang mana patut dituju...

Lebih tepat aku perlu katakan,
Islam mengajar aku memilih jalan yang patut kutuju. Walau aku tak sehebat kawan2 yang lain, berbekalkan sedikit ilmu yang aku belajar dari mereka mana batas yang aku tak harus lewati. Perasaan malu yang datang juga bisa sedikit sebanyak memelihara aku agar perbatasan itu terjaga hinggalah pada titik pernikahan. Lahirnya malu itu jua dari iman.

ah...indahnya bayangan itu. Jalan2 waktu malam atau senja di mana2 taman berpegang tangan bersama isteri. Mungkin menunggang kuda bersama dan kemudian minum petang bersama. Tatkala itu pandangan terus mata ke mata bukanlah lagi panahan syaitan buat jiwa yang meronta tapi nikmat tuhan pada insan yang bergelar hamba. Mungkin aku sedikit kebudak-budakan berimaginasi seperti itu...tapi aku percaya pada janji tuhan, agar aku usaha untuk menjaga & terus berdoa, maka akan terkabul jua. Tak didunia, akhirat masih ada kalau amal cukupla..

Bila berkahwin, syukuri seadanya pasangan yang ada dan pastikan erti hidup pada memberi tanggungjawab dan bukan meminta tanggungjawab org pd kita. Kerana disitulah lahirnya kebahagiaan.

Dan akhirnya, aku sedar dan aku tahu ungkapan ini, namun masih aku gagal memanifestasikannya dlm kehidupan ini. Namun sedikit sebanyak aku mula faham & mengerti tafsirannya...

"
memang jiwa remaja diciptakan kosong agar hatinya diisi rasa cinta pada ilahi"-dan kerana itu banyak hadith dan nas yang memuji serta memberi jaminan tingginya tempat golongan pemuda ini di hari yang pasti akan tiba.

orang kata, hidup dunia kejap so live it to the fullest. benar tapi adakah anda nak try smua, minum arak hingga boleh bwk accident, nak hisap rokok, macho n cool...tapi anda tahu juga lung cancer akhirnya...

maka biarlah ungkapan live life to the fullest itu berdasarkan prinsip & landasan @paradigm yang tepat.

buat Muslim :
Dalamilah Islam kerana disitu perspektif sebenar dan disitu keseronokan hakiki + spiritual satisfaction dapat dicapai.

p/s:musim nak exam n aku suka sangat musim ni,sebab aku lebih takut & harap pada Allah n aku jadi kuat utk bangun di waktu sunyi.jadi mari kita jadikan musim exam sebagai wadah mendekatkan diri n lahirkan rasa cinta buat Muhammad the prophet n Allah y Esa.

copy from hard disk arwah Muhamad Afham bin Jumat. Al-Fatihah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...