Tuesday, 29 March 2011

peliharalah diriku..amin..

Assalamualaikum...
astaghfirullah
pagi2 buta ni dapat idea nak share satu nasihat di laman diari yang semakin berhabuk ni.
sebenarnya cik oda baru je lepas bergosip dengan kawan2(identiti terpaksa dirahsiakan untuk keselamatan).
macam2 cerita baru dapat tahu.
agak2 dah last semester baru dapat bergosip taw.

cuba awak2 semua bayangkan, someone yg kita sangat respek + alim + baik tapi buat perangai tak senonoh.
oki fine mereka cuba buat secara sembunyi or senyap2.
tapi lagi bagus sorang senior ni,
buat dosa tapi terang-terangan.
teeeettttttt.....
bukan aku nak sokong dia buat dosa tapi at least kita boleh cuba bagi nasihat ke pedoman sikit ke kan.

TAPI,
kalau dah bajet alim2 taik kucing
tapi kat belakang punya la masyaAllah,
kiranya memang pandai la depa buat penyamaran.

sebenarnya,
aku nak ucap disini,
walaupun aku bukanlah kawan yang baik 
or anak yang baik
or belum menjd hamba yang baik
tapi aku bersyukur kerana aku tidak melakukan benda2 ttersebut.

oki, 
aku tahu aku pun banyak gila dosa,
tapi aku taknak jadi mangsa kejian or makian orang
aku try nak improve diri ini menjadi better than yesterday and and excellent for tomorrow.

TAPI, 
aku sangat2 memerlukan dorongan + bimbingan + tunjuk ajar dari orang sekelilingku.

DAN
aku bersyukur kepada-MU ya Allah,
peliharalah diriku ini dari melakukan maksiat dan dosa2
AMIN....

Sunday, 27 March 2011

sesat nak balik UIA

kalo sesat kat jalan ni memang kena guna satelit la
semalam berhasrat nak balik awal selepas mengajar di sek Gurney, but then dapat arahan supaya tunggu sebab nak celebrate kejayaan dzatul yang dapat 11A in SPM. kelas yang abis dalam pukul 11.30pg tapi aku bertolak balik jam 2pm. naseb baik ada Ibu Rodiah. dapat jugak borak panjang lebar, actualy best taw dpt borak2 dengan orang tua sebab mereka banyak pengalaman hidup.

hahahahha..part ni paling aku geram kot. sepatotnya aku mengambil masa hanya 30min untuk balik ke UIA tapi semalam dekat sejam lebih. nak taw pasai pa? si ODA ni berlagak konon2 nak try jalan lain la. padahal tak expert. skali ngko dah sampai ke bukit bintang la, jalan stonor lah. nasib baik tak sampai seremban.

tapi aku chill je. wat pe nak havoc2 an, sesat pun dalam malaysia lagi. hahahahaha*evil laugh*. kalo sesat kan best tak payah jawab exam. ish terok la mind set si ODA ni. urmmm. apapun at last aku tahu dah jalan nak ke bukit bintang ke KLCC ke. actualy aku tak pernah jalan sejauh tu sorang2. maybe 1 day aku leh experiment agy. dapat gak lepak2 kat taman KLCC.

dah nama IRON LADY, so berani buat berani tanggung. sebab tu aku berani amik risiko taknak call sape2. aku percaya DIA pasti akan menolongku. seperti final exam, aku pasti dengan pertolonganny-NYA. tapi aku pun kena usaha gak. gogo caiyok PEREMPUAN BESI.

Wednesday, 23 March 2011

i am in DANGER

sape boleh tulun? aku dalam BAHAYA. nampak tak sampai aku capslock word tuh.aku rasa sem ni will be the beginning of the worse semester. ODAAAAAA.dun let that penyakit datang lagi. kegagalan adalah permulaan bagi sesuatu kejayaan. remember that? ingat tak dulu add math ko terok giler mula2 but then bila trial n SPM real ko dpt A. dats mean ko BOLEH.once again...ODA BOLEH

Tuesday, 22 March 2011

bisnes korporat vs student korporat

bukan senang untuk menjadi senang &
bukan susah untuk menjadi susah

aku memerlukan seseorang untuk guide aku sampai ke puncak;(

urmm.sekarang ni aku dalam dilema. apa yang perlu aku buat bila berhadapan dengan orang korporat.*bukan orang keparat ye*. aku sebagai pelajar mestilah ada zero knowledge. ibarat baby yang baru lahir ke dunia. tak tahu pape pun tentang dunia bisnes. ingatlah bahawa setiap orang yang berjaya bermula dari kegagalan. so orang yang dah berjaya tu patutnya memahami situasi kami yang beliau telah pun lalui. no wonder la kenapa dalila ambik drastic decision like that. kalau aku pun, urmmm no komen la.

kadang-kadang aku selalu positifkan diri, sedapkan hati sendiri. ingat senang ke nak buat kerja2 kemanusiaan ni. baik berhadapan dengan robot or machine sebab kalau rosak boleh baiki je. tapi kalau manusia yang rosak camne? ada suggestion? rendam dalam tangki loji @ masuk dalam minyak panas? hahaahha.kejam gila kau ODA.

aku dah tak tahu nak mengadu pada sesiapa. aku takut orang lain akan down bila aku start cerita kat diorang. so better i keep in my heart. blog pun da tukar jadi iron lady. tapi bila buat entry macam ice-cream lady lak.hahahaha.nope k. aku tak cepat cair. teeeetttttt.

Thursday, 10 March 2011

musim pelajar stress

urmm lately ni memang agak bz. blog i pun tak sempat nak jengah. but actually i jarang update kat sini sebab ni blog public. meaning that ramai member + family kenal i. so i tak boleh nak merapu atau mengutuk lebih-lebih. hehehehe. so thats why sekarang ni i have another blog. but for the time being, i taknak bagitau url blog tu lagi. not ready yet lorh.

oki back to my topic, sekarang ni pelajar UIA tengah struggle nak siapkan esaimen + presentation + preparation kuiz + macam2 lagi la. so kat sini, kita kena pandai manage time. i know mesti ada yang kata tak cukup masa la apala. 1001 alasan kan. so bila kita dah urus masa, buat jadual cun-cun, takde alasan la ko tak siap kerja.

stress ni memang bahaya kalau u'ols nak taw. sorang foreigner amik BACC pengsan dalam kelas. ni pun i tahu melalui member yang sama kelas dengan dia. kalo amik BACC ni agak tough la jugak walau tak se'tough' engine an. lagi2 orang macam i ni, amik sampai 21.5 credit hours. so maksudnya i amik 8 subjek. patot la rambut i ni makin nipis je rasanya. hahahahahah. tipu je oki. biasanya orang cakap 18 cr hour pun dah berat, ni apatah 21 cr hour kan.

ada member i sorang lagi ni semalam beliau nangis lepas kelas. pun disebabkan stress. stress pasai pa? pasai pelajaran la. coz member i ni single mingle lagi taw. hehehehe. mati kalo dia tahu i tulis pasal dia. urmm. dulu pun i selalu gak nangis2 ni. lagi2 bila stress an. pastu mula la ajak member i yang nangis ni pergi titiwangsa. pasai i ni sukakan air. nampak tenang je n membuatkan stress pun hilang. so kalaau i stress memang petang2 i selalu pegi sana.

dulu i berani pegi sorang2, but after kena kacau dengan macam2 benda buruk, i jadi takut. so kalau nak pergi sana mesti bawak member. tapi payah sikit bila nak ajak orang sebab bukan semua orang ada minat yang sama dengan kita. so, sape sudi temankan i? hehehehehe

tapi i sangat rasa sem ni sangat penat. tak tahu kenapa tapi lama2 i rasa i boleh adapt dengan pack time ni. i think positively la kan. hehehehe. padahal membuta je keje ko oda. lastly, sabar ye teman2. kita dah nak abis sem ni. just one months to go. after that holiday five months.

Monday, 7 February 2011

perbezaan kejayaan orang islam dahulu dan orang islam IT

pagi tadi masa dalam kelas management information system(MIS), i got an idea to post new entry. mai sni sahabat2 sekalian i nak cerita tentang KEJAYAAN. alahai if u guys borink takpe, i like to post my idea here. i takkan kecik hati sebab limpa i lagi kecik dari hati i yang penuh dengan taman2 astakona.

lecturer MIS i ni nama Sir Abdurrahman. i think he does not have prof or dr yet bcoz he came from industry of ICT. means here he was not a lecturer before this and just started this profesion maybe just several years ago. i like the way he was teaching bcoz he keep remind us that we are KHALIFAH in this world. for me, that word shows 1001 interpretations.

so today Sir tanya how is Islam spread to the Pulau Jawa, Indonesia? i say Pulau Jawa oki not Sumatera bcoz Islam berkembang di Pulau Jawa kerana Chinese traders. But for Sumatera im not so sure.

kat cni i nak stresskan kenapa orang2 Islam zaman dahulu boleh berjaya? i really tertarik dengan jawapan Sir n ianya sangat mencucuk jiwa. oki sebab utama mereka adalah to spread the words of Allah. but at the same time, they also succesful in business. apa maknanya tu?

maknanya orang2 Islam zaman dahulu hidup untuk :

  1. berdakwah
  2. trading/business
sebab tu hidup mereka ini lebih diberkati berbanding dengan orang zaman sekarang yang jika ditanya apa matlamat utama pasti akan jawab  business instead of da'wah. so come on guys, lets we change our mind set. kita ni dah terlalu banyak di jajah oleh makhluk2 asing.*sapekah makhluk asing ni?*

p/s: minggu ni i tak pernah rasa mengantuk dalam kelas. adakah disebabkan ginko billoba atau??????

Wednesday, 2 February 2011

cubaan..cubaan..cubaan..

sungguh lama rasanya i tidak menulis diari. dulu masa zaman sekolah i
 selalu ambil 15 min sebelum tidur untuk tulis kejadian
yang berlaku setiap hari.

sekarang many things happen in my life. dugaan yang datang saban hari kadang2 menggugat jiwa i yang rapuh ini. minggu lepas abang i eksiden. jatuh gaung dekat genting sempah. u'ols tahu perasaan i bila dapat tahu perkara ni. masa tu hari ahad i tengah study sebab isnin ada midterm exam. tetiba umi i call dan bagitahu abang i sesak nafas sebab eksiden. 

ya Allah, berdebar giler i rasa time tuh. terus i call along (kakak sulong) dan ajak dia pergi hospital selayang. bayangkan i naik skuter dari UIA ke keramat AU dalam 15 min SAHAJA. first time i bawak around +100km/h. bila otak kita dah serabut risaukan something, otomatik kita akan react luarbiasa.

 i datang dari jam 12.00tghr dan waktu tu abang i dah masuk operation room sampai jam 4.00ptg. jam 5ptg i and along yang pergi tengok my bro dlu. hati i rasa sedih dan nak pecah je bila tengok abang i dipasang wayar dan oksigen. pastu umi masuk bilik icu dengan abah. umi masuk dengan gentle je tapi bila keluar ada suram diwajah umi dan akhirnya empangan umi pecah bila i lihat hidung umi merah menyala. pastu jam 7 ptg along and i balik.

 jam 10mlm tetiba i dapat call nurse mintak datang hospital. i try to call umi and abah hundred times tapi tak berjawab. lagilah i risau. then bila sampai je hospital, abah n umi dah lama sampai pun. doktor cakap kat abah yang hati abang i terpaksa dibuang separuh sebab hati dia koyak.

 ya Allah, ujian apakah yang melanda kami sekeluarga ini. aku rasakan ini adalah ujian yang paling berat sekali. doktor terpaksa buat keputusan sendiri sebab tak dapat jumpa ahli keluarga awal. sekarang ni abang i stay kat rumah je dan dijaga oleh umi. sedihnya aku tengok jahitan2 kat badan dia. dengan tetiba jahitan dia bernanahnya.


 patutnya sekarang ni UIA midbreak, i plan nak duduk UIA je tapi tetiba dapat call dari umi i mintak i balik kalau takde kerja. nada umi sangat2 sedih and i rasa i ni teruk sebab at least i support umi. u'ols tahu tak beza home and house? i rasa bila i balik i ada house je tapi takde home. i respek dengan umi sebab semangat seorang ibu memang tak pernah tahu erti penat. *tetiba i rasa nak pinjam bahu orang.

Saturday, 15 January 2011

kenapa ada manusia yang berhati busuk?

adoyaiii...takde masalah pergi tempah masalah. bila dah dapat masalah tak dapat pulak nak handle. siapa suruh u cari masalah. kesimpulannya jauhkanlah diri u'ols dari masalah.


sekarang ni i tengah makan dekat mahalah saidina ali. fuyyoo pecah rekod tu 1st time makan di mahalah brother. memang makanan terbaik la korang + sedap + murah + environment yang sangat lawa dan pendek kata terbaik la. hehehehe. promote mahalah ali kejap ye.

back to the topic, i nak beritahu u'ols yang dekat dunia luar sana tu, i dah penat nak hadapi orang2 yang hati busuk macam sampah. walaupun i just kena tempias sahaja, tapi i tetap rasa sakit. cuba u'ols bayangkan kalau orang yang betul2 kena. ish... mau terjun longkang rasanya. kalau terjun laut nanti mati berdosa pulak.

urmmmm. Miss Rrrr ni mengarut cerita apa la. cuba straight to the point. cerita macam taknak cerita je. kalau taknak cerita tak payah la post entry.
betul tak u'ols? hahahahaha. padan muka Miss Rrrr. buweekkk......

oki2..... disini Miss Rrrr mintak ampun maap sebab dah lama tak post any entry walau pun sependek mana. sebab short of time kot. dulu ada sorang uncle ni pesan,

sebenarnya orang yang malas sering mengatakan tidak cukup masa padahal orang yang rajin seringkali mengatakan banyak gila masa yang dia ada.
sebab tu lets say orang yang buat business, banyak je masa dia nak manage company, family, etc. cuba tengok orang yang malas, seringkali cakap adoyai tak sempat nak siapkan assignment, tak sempat nak dating, tak sempat nak baca Quran dan macam2 lagi la. so u'ols nak choose which one?

lain kali i cerita pasal manusia hati macam tong sampah. sometimes lagi teruk dari tong sampah.

Friday, 14 January 2011

abah..orang nak kawen boleh??

        










        the moment i asked that question to my abah, dalila(my besties) were with me. hahahahahhaha. cannot forget la. if u guys tengok abah's face totally change. urmm actualy saja2 tanya soalan maut sedemikian to abah. lucky abah takde sakit jantung.

         tempat kejadian berlaku di dalam kereta semasa baru pulang dari seminar Qmaths di SMK Teluk Gong, Klang. nasib baik time tu si yusuf(kawan abah a.k.a kawan i) takde dalam kereta. kalau tak mesti dia pikir i ni gelenyar(menggatal) dalam kelantan languange kot.

          after 2 weeks tetiba abah bangkitkan balik cerita ni. hahahahahahha. abah said actualy he was shock when i said that statement. abah tak sangka i would asked that kind of question bcoz before this i jarang share bab2 feeling dengan family. if with my friends maybe some of them know it. heheheehheehe kelakar nyer la abah ni. ok what i asked him bcoz im already 21. saja oda ni gedik2 nak tulis no.tu besau2.

         when i asked my umi lagi teruk i kena marah. kejadian ni berlaku dalam kereta jugak tapi at that time hanya umi and along in the car. along cool je dengar tapi umi dah marah2. ada ke patut umi perli i. umi cakap belajar pun pinjam duit dah menggatal nak kawen. huahuahua......

          bila soal kawen ni dibangkitkan sesama kawan, ia memang akan jadi topik hangat seolah-olah masing2 dah berumur lewat je. hehehe. i pernah dicabar supaya cari couple within 2 months. apa kau ingat aku desperado ke? tak main la main terjah camtu. biar slow tapi nampak hasil yang best. betul tak?

Wednesday, 22 December 2010

ke'busy'an melanda diri





urmmmm..lamanya Miss Rrrr tak update Mr.Online Diary a.k.a Blog ni. hehehe. rindu sangat2 nak menulis tapi bila sudah start semester baru + aktiviti kokurikulum + bisnes + tutor kelas + ......= BUSY mengalahkan bos Petronas. nasib baik kelas wataniah tak start secara formal lagi. kalau tak memang botak kepala Miss Rrrr.

tapi walau sesibuk manapun kita jangan lupakan makanan untuk tubuh badan kita. aik..badan kita pun ada makanan ye. ish.. mestilah kalau tidak macam mana nak jadi kuat dan sihat macam ni.
sumber : google

tapi biasanya fenomena kat Malaysia ni jarang orang nak exercise especially girls2 yang cute mute. kalau lelaki memang exercise ni merupakan makanan mereka petang dan malam. tengok tu betapa tak cukup masa exercise petang sanggup exercise malam2.

semenjak Miss Rrrr duduk dalam mahalah salahuddin al-ayyubi ni, Miss Rrrr perhatikan tak kira brothers or sisters masing2 akan bersenam tiap2 petang. wow..ini merupakan satu achievement bagi Miss Rrrr sebab jarang sangat dapat tengok sepasukan pelajar yang cooperate untuk exercise.

kalau semester lepas Miss Rrrr rajin la jugak swimming ke joging ke. tapi semester ni Miss Rrrr jadi fanatik nak main futsal. tapi takde geng yang betol2 boleh main. masing2 busy je tapi kenapa budak laki boleh je main tiap2 ptg? adakah member2 Miss Rrrr hanya tahu bagi alasan. hahahaha harap2 takde la member2 Miss Rrrr yang baca entry ni. kali ni Miss Rrrr nak tunjuk pic2 masa main futsal dengan budak wataniah.




sebenarnya banyak lagi pic nak upload tapi macam kura-kura jln je nak tgu upload ni. so 2 ni pun oki la jugakkan. hehehe.  nanti bila ada masa Miss Rrrr upload ye.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...