Sunday, 26 May 2013

I LOVE U STUPID (ILUS)

Assalamualaikum WBT

Semenjak berpraktikal nih, aku banyak baca novel. Tapi aku rasa ILUS was very different. Jalan cerita walaupun agak cliche but still has a lot of information. Melur Jelita memang sangat awesome and i wish i could meet her one day. Nak ajak lepak-lepak minum mamak sambil interview camne akak Melur dapat ilham sebegini. So here is the synopsis in brief:

SINOPSIS:

novel I LOVE U STUPID
Cerita ILUS nih pada awalnya tentang seorang pelajar UM yang amik course accounting (sama cam aku) and pada masa yg sama she join SUKSIS. Iris da divas atau dikenali pembunuh senyap lelaki tanpa bayang. Well Iris hidup kat KL dengan family. Seorang yang agak sosial but not terribly social. One day Iris and her group divas nih pegi jalan2. Tetiba time drive tu, datang polis trafik saman kereta Peugeot. Sape lagi si driver kalau bukan Iris. So dari sinilah pertemuan jodoh antara Iris dan Tuan Ebrahim bermula.

Then, rupa-rupanya lepas kena saman tuh, baru Iris and the divas tahu yang Tuan Ebrahim tu adalah salah seorang trainer diorang di SUKSIS UM. Apalagi. gabra semacam la Iris and the divas. Sebab diorang dah cari pasal dengan Tuan Ebrahim masa kena saman tu. Tuan Ebrahim digelar sebagai abang pedas, hot and sexy by Iris. Tuan Ebrahim banyak buli and raging si Iris nih.

Then suddenly watak Tuan Ebrahim is missing. Dah takde nama watak Tuan Ebrahim in the novel. So aku pun macam cerita apa nih. Takkan hero boleh amik MC pulak tetiba. Dan inilah yang aku paling suka pasal kak Melur. The novel is full of suspens. You cant guess the next episode until you read it.

OPINION:

Bagi aku, novel ni terlalu suci dan murni untuk dijadikan filem. Walaupun ramai sangat peminat setia kak Melur insist nak sangat novel ni dijadikan cerita, tapi aku still tak setuju. Sebabnya:

Satu:
Watak dalam novel tak sama dengan realiti. Sebab watak novel adalah imaginasi si penulis. Biasanya manusia sukakan keindahan. Tetapi realiti penuh dengan suka dan duka. Seolah-olah duka itu melengkapkan suka. Bila aku google image je, aku tak sanggup tengok. kenapakah Firman dan Iris digambarkan dengan artis Filipina. Oh tidak sama sekali. Terlalu jauh beza.

Dua:
Input sangat banyak dalam novel ni. Bukan je pasal Kemboja, kisah-kisah Nabi SAW dan sahabat baginda pun ada, sejarah Malaysia dan Kemboja, resepi dan paling aku suka banyak sangat kata hikmah sampai aku rasa nak salin semuanya.

Tiga:
Tiap bait kata-kata yang ditulis oleh kak Melur, seolah-olah mengajak kita untuk sama-sama berfikir. Berfikir dan mensyukuri segala nikmat kurniaan Allah.

Empat:
Citer ni aku boleh kata cerita cliche yang boleh diterima akal dan logik. Cumanya kalau nak difilemkan aku sangat-sangat-sangat TAK BERSETUJU.

Rating: Aku nak bagi 9.5/10. Yang lagi 0.5 tu opkos la untuk aku yang setia membaca. Berat kau novel kak Melur ni. Nak baca sambil golek-golek pun tak bisa.

p/s: kalau buat filem versi kartun ok kot. tapi mesti kartun yang hensem and cantik la.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...