Sunday, 26 May 2013

SUKAR BAGIKU UNTUK MELUPAKANMU

Assalamualaikum WBT

Kata-kata penuh di dada untuk dicoretkan, untuk dikongsi. Tetapi tidak terluah ditangan. Ia hanya sepi dipenjuru hati. Bukan senang untuk kita bercerita kisah hati dengan sesiapa. Kerana hati manusia sukar diteka baik buruknya. Aku lebih selesa untuk menulis. Kerana aku yakin, tulisan tanganku tidak seperti manusia.

Tajuk entry ni takde kaitan dengan sang kekasih ke lover ke boipren ke. Cause i am not having one wokeyh. Entry nih aku buat kerana aku masih teringat kepada sorang kawan. Aku selesa untuk borak dengan dia. Tapi kini dia dah tiada. Sudah menghadap Illahi. Aku tahu aku kena redha. YES  I AM. Cuma terkadang bila keseorangan aku seringkali teringat kat dia.

Aku ada terbaca novel nih. Tentang kematian jugak. So hero novel ni pesan:

"Kalau awak teringat kepada arwah, itu tandanya arwah nak awak buat amal ibadah. At least sedekahkan Al-fatihah kepadanya."

Dan memang hanya itu yang mampu aku lakukan. Moga dikau ditempatkan bersama orang-orang beriman. (Al-fatihah)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...