1. Kenal pasti perilaku yang ingin dikritik
Sebelum kritik pastikan kita mengkritik perilaku yang dilakukan bukan dirinya. Bimbang andai kita tersalah kritik, timbul masalah lain seperti bermasam muka dan tak sehaluan pendapat. Jika sudah nampak perilaku negatif itu cuba kritik dengan guna bahasa lembut agar dia dapat terima dengan baik.
Kalau tak mahu dengar, kita angkat kaki dan blah dari situ. Bukan angkat kaki untuk menendang ye.
2. Kritik dengan lebih spesifik
Berterus terang dengan kesalahan yang rakan kita lakukan agar dia lebih memahami dan terus berubah untuk menjadi pekerja yang baik kemudian hari. Kemudian nyatakan dengan lebih jelas kesalahan yang dia buat agar dapat dia tingkatkan mutu kerjanya.
Yang ni makcik paling suka. Makcik kalau tak puas hati, makcik suka tanya kat orang tu terus. Tapi bukan kat semua orang makcik buat camtu, makcik buat kat kawan-kawan vogue makcik je.
3. Tunjuk bahawa kita sedia untuk membantu
Ketika kritik rakan, tunjukkan bahawa kita sedia untuk bantu dirinya bagi mengatasi kesilapan yang dilakukan agar dia rasa anda ambil berat ke atas dirinya dan akan menerima setiap kritikan yang kita katakan. Walaupun pedih, dia dapat rasai bahawa kita prihatin dengan setiap tingkah lakunya.
Teman makcik pernah kata, "What is friends for?" So, give maximum help even to your not-so-called-friend. Because one day, we will get the reward.
4. Jangan berkias atau menyindir
Ini haruslah dijauhi kerana mereka akan berkecil hati dengan kita dan agak sukar untuk kita bekerjasama kemudian hari. Ungkapkan kritikan itu dengan perkataan yang lebih jelas agar dia mudah faham.
Alah u'ols ni, sekarang nih dah maju. nak cakap guna highway la, straight je. Jangan guna jalan kampung yang bengkang-bengkok tu.
5. Jangan naikkan intonasi suara
Ketika kritik jangan sesekali naikkan intonasi suara itu agar dia tidak berkecil hati. Bila kita guna nada suara tinggi akan kelihatan kasar dan marah dengan kesalahannya itu lalu membuatkan dia berasa hati dan sukar menerima kritikan kita malah tidak lagi menegur sapa dengan kita.
Tapikan, makcik punya volume suara dah memang 10/10. Orang kat bank pun marah-marah makcik sebab speak louder. Kena praktis cakap dalam kelambu ni. Tapi S.A.K takde lagi.
6. Tawarkan bantuan
Jangan sekadar memberi kritikan tapi cuba hulurkan bantuan untuk menyelesaikan masalahnya. Bantulah apa yang perlu dan pantau setiap kerja yang dilakukan agar kesilapan yang dilakukan tidak berulang kembali.
Yang ni makcik LIKE sangat2.
7. Tunjukkan bahawa kita memahami perasaan rakan itu
Meletakkan diri kita di tempatnya dan mendalami perasaannya ketika itu kemudian cuba berkongsi pengalaman pahit itu bersamanya agar dia rasa diri tidak terlalu dibebani dengan hal-hal urusan kerja rumah/pejabat/sekolah/universiti dll.
Mungkin susah kalau kita nak letakkan diri kita kat tempat orang. "Kalau kau saiz 10 dan dia saiz 6, mana nak muat kau masuk dalam tu". But at least we try ok. Who knows our times will be coming soon.
P.S: lepas baca nih, praktislah kritik makcik dulu ok.
No comments:
Post a Comment