Monday, 26 August 2013

Apa khabar imanku?

Bismillahirrohmanirrohim

Pernah tak korang rasa kejap rajin sangat nak beribadah, baca quran, berzikir. Pstu tetiba rasa malas sangat nak baca quran, nak buat solat sunat rawatib, solat tahajud. Makcik percaya, tiap orang akan merasainya, CUMA yang bezanya adalah bagaimana kita nak mengatasi sifat KEMALASAN itu.

Secara umumnya, makcik nak cerita apa itu IMAN dari sudut pengertian bahasa, harafiah dan syariat ISLAM.

Kalau korang rasa boring, silakan bawak cursor korang ke button pangkah. Tapi kalau korang rasa nak tahu, meh sini dengar macik cerita.

1)   IMAN dari segi bahasa adalah "percaya" atau "membenarkan.

2)   Pengertian secara harafiah dalam Islam ialah "percaya kepada Allah". Orang yang beriman ditakrifkan sebagai orang yang percaya (mukmin)Perkataan Iman yang bererti "membenarkan" itu disebutkan dalam al-Quran, di antaranya dalam Surah At-Taubah ayat 61 yang bermaksud:


“Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada orang-orang yang menyakiti Nabi sambil mereka berkata: "Bahawa dia (Nabi Muhammad) orang yang suka mendengar (dan percaya pada apa yang didengarnya)". Katakanlah: "Dia mendengar (dan percaya) apa yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah dan percaya kepada orang mukmin, dan ia pula menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu". Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”
3)   Iman menurut syariat Islam adalah seperti yang diucapkan oleh Ali bin Abi Talib r.a. yang bermaksud: "Iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yang benar dengan hati dan perbuatan dengan anggota."
Aisyah r.a. pula berkata: "Iman kepada Allah itu mengakui dengan lisan dan membenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan anggota."
Imam al-Ghazali menghuraikan makna Iman: "Pengakuan dengan lidah (lisan), membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun (anggota-anggota)."

Iman pada maknawi sebenar ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan melakukan dengan anggota badan. Ringkasnya, orang yang beriman ialah orang yang percaya, mengaku dan beramal. Tanpa tiga syarat ini, seseorang itu belumlah dikatakan beriman yang sempurna. Ketiadaan satu sahaja dari yang tiga itu, sudah lainlah nama yang Islam berikan pada seseorang itu, iaitu fasik, munafik atau kafir.

Marilah kita bersama-sama tingkatkan amalan. Jangan hanya mengejar dunia, sebaliknya kejarlah dunia untuk mendapatkan akhirat. Wallahualam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...