1/6/13 SATURDAY
Apa perasaan korang
bila korang marah seseorang? Korang puas hati ke? Korang syok ke? Atau korang
rasa sakit sangat kat hati korang tu? Aku nih nak kata jenis panas baran
takdelah jugak. Cuma sekali aku naik angin, macam gunung berapi mengeluarkan
lava. Boleh mati orang sekeliling. Dan kini aku amat menyesali dengan panas
baran aku.
Adikku Shaari, maafkan
kakakmu ini kerana telah membuat engkau terasa hati. Kerana telah membuat
engkau berasa sedih. Kerana telah membuat engkau berasa kuciwa. Aku bukanlah
seorang kakak atau adik yang baik. Aku suka marah adik-adik aku. Sebab aku tak
tahu camne nak berkasih sayang. Kawan aku sendiri ada cakap yang aku nih garang
giler dengan adik.
Mungkin kawan-kawan aku
tak pernah tahu siapa THE REAL ODA sebenarnya. Kalau dengan kawan-kawan, aku
tak pernah marah diorang. Paling aku geram pun, aku just diam dan tak pernah
aku tengking diorang. Maybe aku memang seorang kawan yang loving tapi bukan
seorang kakak atau adik yang loving. Aku tak tahu camne nak show my love toward
my siblings. Arghhh…
Korang ingat tak sedih
ke bila kita lepas marah orang? Sedih giler taw ibarat kita telah dimarahi. Dan
itulah apa yang aku rasa. Sakit sangat hati. Sedih sangat rasanya. Kadang2
kalau bergurau dengan adik-adik pun, gurau aku memang sangat kasar ok. Kalau
kawan-kawan tahu mesti terkejut tengok THE REAL ODA.
Sampai umi pesan kat
aku;
“Nanti kalau dah kawin,
diam je bila suami marah. Jangan lawan balik cakap suami. Tunggu suami cool
dulu. Kalau kamu buat kat suami kamu macammana kamu buat kat shaari, kompem
suami kamu lari”
Ok fine. Aku terdiam
dengan apa umi kata sebab aku tahu kata-kata seorang ibu itu adalah doa. Dalam
novel-novel yang aku baca pun, semua cakap benda yang sama. Jangan lawan cakap
suami. Wajib layan suami makan. Macam-macam lagilah.
Aku selalu fikir,
“camne la nanti tetiba diorang meninggal lepas aku marah diorang ataupun kalau
aku tak sempat nak tunaikan apa yang diorang mintak”
YA ALLAH YA TUHANKU,
aku memohon kekuatan dari-MU, bimbinglah aku menuju ke jalan yang KAU redhai.
Peliharalah aku dari melakukan maksiat. Timbulkanlah kasih-sayang dalam diriku.
Dan peliharalah orang-orang yang ku sayangi dari azab-MU. Berilah mereka
hidayah agar mereka akan kembali ke jalan yang KAU redhai dunia dan akhirat.
AMEEN