Monday, 24 March 2014

#2 PUAS KE MARAH ORANG?



1/6/13  SATURDAY              

Apa perasaan korang bila korang marah seseorang? Korang puas hati ke? Korang syok ke? Atau korang rasa sakit sangat kat hati korang tu? Aku nih nak kata jenis panas baran takdelah jugak. Cuma sekali aku naik angin, macam gunung berapi mengeluarkan lava. Boleh mati orang sekeliling. Dan kini aku amat menyesali dengan panas baran aku.

Adikku Shaari, maafkan kakakmu ini kerana telah membuat engkau terasa hati. Kerana telah membuat engkau berasa sedih. Kerana telah membuat engkau berasa kuciwa. Aku bukanlah seorang kakak atau adik yang baik. Aku suka marah adik-adik aku. Sebab aku tak tahu camne nak berkasih sayang. Kawan aku sendiri ada cakap yang aku nih garang giler dengan adik.

Mungkin kawan-kawan aku tak pernah tahu siapa THE REAL ODA sebenarnya. Kalau dengan kawan-kawan, aku tak pernah marah diorang. Paling aku geram pun, aku just diam dan tak pernah aku tengking diorang. Maybe aku memang seorang kawan yang loving tapi bukan seorang kakak atau adik yang loving. Aku tak tahu camne nak show my love toward my siblings. Arghhh…

Korang ingat tak sedih ke bila kita lepas marah orang? Sedih giler taw ibarat kita telah dimarahi. Dan itulah apa yang aku rasa. Sakit sangat hati. Sedih sangat rasanya. Kadang2 kalau bergurau dengan adik-adik pun, gurau aku memang sangat kasar ok. Kalau kawan-kawan tahu mesti terkejut tengok THE REAL ODA.
Sampai umi pesan kat aku;
“Nanti kalau dah kawin, diam je bila suami marah. Jangan lawan balik cakap suami. Tunggu suami cool dulu. Kalau kamu buat kat suami kamu macammana kamu buat kat shaari, kompem suami kamu lari”

Ok fine. Aku terdiam dengan apa umi kata sebab aku tahu kata-kata seorang ibu itu adalah doa. Dalam novel-novel yang aku baca pun, semua cakap benda yang sama. Jangan lawan cakap suami. Wajib layan suami makan. Macam-macam lagilah.
Aku selalu fikir, “camne la nanti tetiba diorang meninggal lepas aku marah diorang ataupun kalau aku tak sempat nak tunaikan apa yang diorang mintak”

YA ALLAH YA TUHANKU, aku memohon kekuatan dari-MU, bimbinglah aku menuju ke jalan yang KAU redhai. Peliharalah aku dari melakukan maksiat. Timbulkanlah kasih-sayang dalam diriku. Dan peliharalah orang-orang yang ku sayangi dari azab-MU. Berilah mereka hidayah agar mereka akan kembali ke jalan yang KAU redhai dunia dan akhirat. AMEEN

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...