Tuesday, 20 August 2013

APASAL KAU TAKDE TARGET?

Assalamualaikum.

Ibarat masuk ke rumah yang dah lama ditinggalkan. O mak cik lawa, punya la bersawang-sawangan. Kali ni kita dengan mood dan azam baru nak rajin update blog. Cerita hantu, motivasi, gosip, masakan pun boleh.

Sebenarnya makcik nak cerita sikit kenapa kita perlukan target/azam/impian atau dalam bahasa moden makcik adalah dreams. Eh sama ke dreams dengan target? *ada makcik kesah*

Bila kita ada target, kita lebih senang nak pilih haluan. Sebab tu kita kena ada target. Contohnya nak pergi honeymoon, kita mesti ada target nak pergi Pulau Krabi atau Pulau Langkawi. Contoh je taw. *makcik nak pergi Krabi.hehe*. Kalau pilih Krabi, senanglah plan pastu nak naik flight ke sampan dan dah siap rangka perjalanan honeymoon kita. Jadi, itu memudahkan kerja kita sendiri untuk berhoneymoon dengan romantik.

Samalah dengan hidup kita ni. Kalau ada target, senang nak susun perjalanan hidup kita. Tapi sebagai seorang Muslim, kita kena ingat, "SEBAIK-BAIK PERANCANGAN ADALAH DATANGNYA DARI ALLAH SUBHANAHUWATA'ALA".



Wednesday, 29 May 2013

MY 'PERFECTIONIST' INTERNSHIP

Assalamualaikum WBT

Dah genap empat bulan aku berpraktikal. What could i say? My internship was not good like others. Aku tak tahu kenapa tapi aku selalu ada feeling samada orang benci atau suka kat aku. Aku dapat rasa yang aku dipandang rendah di ofis. Ok fine it is instinct but sometiimes it can be true. Aku tak suka bila orang pandang rendah kat aku tanpa melihat kebolehan aku dahulu.

Bos a.k.a owner company memang sangat baik. Cakap pun takde marah2. Cuma staff di situ. Bayangkan kalau dua department yang WAJIB bekerjasama tapi bergaduh. Benda nih dah lama pun sebelum aku masuk lagi. Tapi aku tak tahu sebab apa. Staff and intern lain bukan nak cerita. Aku tahu sebab diorang taknak keruhkan keadaan.

No matter what, itis only education that can bring your life further. Bila kau ada ilmu, baru orang akan respek. But remember, what we got is a test from ALLAH. Kalau kita tak tahu bersyukur atau berlagak, satu hari nanti ALLAH akan ambil semula.

Arggghhhh......geram sangat ok. Aku geram sebab takde keje. Aku tensen sebab takde keje. Aku sakit hati sebab aku tak dilayan sebagai intern tapi aku rasa dilayan seperti KERANI yang hanya duduk termenung kat meja.

Maybe budak intern lain tak rasa macam tu kot. Sebab aku tengok diorang ok je. Tapi hati manusia takde sape taw. I wish I could bring back the happiness into that office. Aku nak diorang enjoy work as a team. Not like u are the only terror staff kat situ. Dan aku pulak bukanlah reti nak senyum2 bagai bila dah menyampah kat orang. Aku akan tunjuk muka fed-up and meluat biasanya. But now I'm trying to change my behaviour. Working life is not like student where u can do assignment and study alone.

O Allah The Almighty, please help me and give me the strength to face all this for another two months. I think I'm not good to be in this industry. I love business. Maybe I will change my profesion after graduating.

Tuesday, 28 May 2013

THE MAKING OF DODDLES

Assalamualaikum divas

Wow hari nie kita rasa sangat excited ok. Dapat belajar buat doddles dengan sendirinya. Tapi hasil tunjuk ajar dari blog jugak ye. Kita lupa pulak nama blog tu sebab kawan opis yang tolong savekan blog tu.Hehehe suka suka suka. Thanks to my colleague, Ili Nadirah. Jasamu akanku kenang, In shaa Allah.

So, inilah hasil-hasil buatan sendiri. Lawa tak lawa tak?

first trial.buat gegurl dulu sebab  kitakan gegurl
 
fesyen rambut yang sangat pedas dan berapi

rambut ke songkok ek?

my abang pedas.ouch!!!

a happy couple doddles.phewitt

tudung dia buruk!!!x abis edit lagi
cohmel!!!

macik sape ni??


Kita tak kisah la orang nak cakap kita bajet ke perasan ke. Sebab kita suka main2 lukis camni. Dulu time sekolah, subjek pendidikan seni paling kita menyampah. Tapi nasib baik cikgu seni hensem. Muahahaha. Sekarang nih dah tua-tua baru nak jadi kreatif. Biar lambat asal selamat ok. (pinjam iklan keselamatan jap)

Sunday, 26 May 2013

I LOVE U STUPID (ILUS)

Assalamualaikum WBT

Semenjak berpraktikal nih, aku banyak baca novel. Tapi aku rasa ILUS was very different. Jalan cerita walaupun agak cliche but still has a lot of information. Melur Jelita memang sangat awesome and i wish i could meet her one day. Nak ajak lepak-lepak minum mamak sambil interview camne akak Melur dapat ilham sebegini. So here is the synopsis in brief:

SINOPSIS:

novel I LOVE U STUPID
Cerita ILUS nih pada awalnya tentang seorang pelajar UM yang amik course accounting (sama cam aku) and pada masa yg sama she join SUKSIS. Iris da divas atau dikenali pembunuh senyap lelaki tanpa bayang. Well Iris hidup kat KL dengan family. Seorang yang agak sosial but not terribly social. One day Iris and her group divas nih pegi jalan2. Tetiba time drive tu, datang polis trafik saman kereta Peugeot. Sape lagi si driver kalau bukan Iris. So dari sinilah pertemuan jodoh antara Iris dan Tuan Ebrahim bermula.

Then, rupa-rupanya lepas kena saman tuh, baru Iris and the divas tahu yang Tuan Ebrahim tu adalah salah seorang trainer diorang di SUKSIS UM. Apalagi. gabra semacam la Iris and the divas. Sebab diorang dah cari pasal dengan Tuan Ebrahim masa kena saman tu. Tuan Ebrahim digelar sebagai abang pedas, hot and sexy by Iris. Tuan Ebrahim banyak buli and raging si Iris nih.

Then suddenly watak Tuan Ebrahim is missing. Dah takde nama watak Tuan Ebrahim in the novel. So aku pun macam cerita apa nih. Takkan hero boleh amik MC pulak tetiba. Dan inilah yang aku paling suka pasal kak Melur. The novel is full of suspens. You cant guess the next episode until you read it.

OPINION:

Bagi aku, novel ni terlalu suci dan murni untuk dijadikan filem. Walaupun ramai sangat peminat setia kak Melur insist nak sangat novel ni dijadikan cerita, tapi aku still tak setuju. Sebabnya:

Satu:
Watak dalam novel tak sama dengan realiti. Sebab watak novel adalah imaginasi si penulis. Biasanya manusia sukakan keindahan. Tetapi realiti penuh dengan suka dan duka. Seolah-olah duka itu melengkapkan suka. Bila aku google image je, aku tak sanggup tengok. kenapakah Firman dan Iris digambarkan dengan artis Filipina. Oh tidak sama sekali. Terlalu jauh beza.

Dua:
Input sangat banyak dalam novel ni. Bukan je pasal Kemboja, kisah-kisah Nabi SAW dan sahabat baginda pun ada, sejarah Malaysia dan Kemboja, resepi dan paling aku suka banyak sangat kata hikmah sampai aku rasa nak salin semuanya.

Tiga:
Tiap bait kata-kata yang ditulis oleh kak Melur, seolah-olah mengajak kita untuk sama-sama berfikir. Berfikir dan mensyukuri segala nikmat kurniaan Allah.

Empat:
Citer ni aku boleh kata cerita cliche yang boleh diterima akal dan logik. Cumanya kalau nak difilemkan aku sangat-sangat-sangat TAK BERSETUJU.

Rating: Aku nak bagi 9.5/10. Yang lagi 0.5 tu opkos la untuk aku yang setia membaca. Berat kau novel kak Melur ni. Nak baca sambil golek-golek pun tak bisa.

p/s: kalau buat filem versi kartun ok kot. tapi mesti kartun yang hensem and cantik la.




SUKAR BAGIKU UNTUK MELUPAKANMU

Assalamualaikum WBT

Kata-kata penuh di dada untuk dicoretkan, untuk dikongsi. Tetapi tidak terluah ditangan. Ia hanya sepi dipenjuru hati. Bukan senang untuk kita bercerita kisah hati dengan sesiapa. Kerana hati manusia sukar diteka baik buruknya. Aku lebih selesa untuk menulis. Kerana aku yakin, tulisan tanganku tidak seperti manusia.

Tajuk entry ni takde kaitan dengan sang kekasih ke lover ke boipren ke. Cause i am not having one wokeyh. Entry nih aku buat kerana aku masih teringat kepada sorang kawan. Aku selesa untuk borak dengan dia. Tapi kini dia dah tiada. Sudah menghadap Illahi. Aku tahu aku kena redha. YES  I AM. Cuma terkadang bila keseorangan aku seringkali teringat kat dia.

Aku ada terbaca novel nih. Tentang kematian jugak. So hero novel ni pesan:

"Kalau awak teringat kepada arwah, itu tandanya arwah nak awak buat amal ibadah. At least sedekahkan Al-fatihah kepadanya."

Dan memang hanya itu yang mampu aku lakukan. Moga dikau ditempatkan bersama orang-orang beriman. (Al-fatihah)


Sunday, 17 February 2013

IIUM Skuad Rambo


My first trial of editing videos. Not bad la. And it full of sad memory. Too many memories of him. I kept thinking of him whenever i sit alone. Ya Allah, kuatkanlah hati kami ini.

Monday, 11 February 2013

White Collar TV Series



Matthew Bomer (Neal Caffrey)
Matthew Bomer
Neal Caffrey
Tim DeKay (Peter Burke)
Tim DeKay
Peter Burke
Tiffani Thiessen (Elizabeth Burke)
Tiffani Thiessen
Elizabeth Burke
Willie Garson (Mozzie)
Willie Garson
Mozzie
Hilarie Burton (Sara Ellis)
Hilarie Burton
Sara Ellis


White Collar was my second favorite TV series. The first one was Prison Break. Well, both stories presented very good ideas and very challenging. It requires us to THINK and after watching a few episode, we can guess the flow of the story.

I do not like very much romantic or comedy because there will be a lot of  XXX. I prefer adventure and challenging movies. So i could use my brain. The long internship programme means no books.no thinking,no exam and NO BRAIN. But anyhow, i have to face the reality. How to use our theory into the reality? ahah. Its gonna be hard blend with some kind of emotion to be in the real world.

One thing i got surprised, is it true Matthew Bomer is a gay? oucchhh. I think the most interesting part is where Neal found that Sam Phelps was actually his father and they would work together to reveal the truth. wowwww. Like father, Like son. Here is the summary:

WHITE COLLAR revolves around the unlikely partnership of a con artist and an FBI agent who have been playing cat and mouse for years. Neal Caffrey (Bomer), a charming criminal mastermind, is finally caught by his nemesis, G-Man extraordinaire Peter Burke (DeKay). When Neal escapes from a maximum-security prison to find his long-lost love, Peter nabs him once again. Rather than returning to jail for his daring getaway, Neal suggests an alternate plan: he'll provide his expertise to assist the Feds in catching other notorious and elusive criminals. Initially wary, Peter quickly finds that Neal provides insight and intuition that cannot be found on the right side of the law.



Friday, 8 February 2013

Tanyalah Ustaz-Menggilap hati


Assalamualaikum


Slot pagi 8/2/2012 menceritakan tentang kebersihan hati. Atau lebih kurang macam mana untuk menggilapkan hati kita. Tapi perasaan manusia, sentiasa berhasrat dengki kepada orang lain. Dengki tengok orang lawa, beli kereta baru, perabot baru, dapat bini baru. Hahahaha.

“Boleh ke kita dengki dengan orang, ustaz?”

Boleh, tapi hanya dengki pada ilmu pengetahuan yang orang lain ada. Sebab, itu akan menyebabkan kita sentiasa ingin memburu ilmu. Kalau kita dengki kat orang sebab hal lain selain ilmu, so kompem2lah kita ni sebenarnya dah dihasut syaitan. Pastu mulalah nak cari bomoh. Ish100X… Tak patut ye adik-adik.

“Macam mana untuk menggilapkan hati?”

Ustaz kata, sentiasa baca zikir Laa ilaha illa anta Subhanaka inni kuntu minazzolimin” dan sentiasa bermuhasabah diri. Bayangkan kalau semua orang kaya, ada kereta Merc dan rumah banglo. Siapa pulak yang akan jadi penjual nasi lemak? Taxi driver? Kalau inilah yang terjadi, maka manusia tidak akan tahu menghargai dan mensyukuri nikmat. Wallahu’alam.

p/s:kerja aku tiap pagi sebelum masuk kerja ialah layan Tanyalah ustaz. Besta sangat sebab boleh memotivasikan penonton.

Thursday, 7 February 2013

Setia Hujung Nyawa

                                

Assalamualaikum.

Hari ni adalah episod akhir bagi slot akasia 'Setia Hujung Nyawa'. Jalan cerita agak corrupt tapi pelakon-pelakon ni memang teror berlakon. Sebab apa aku kata CORRUPT? korang rasa? malas aku nak taip sebab aku tahu ramai yang paham.

Cerita ni sebenarnya tak sesuai untuk tontonan bawah umur dan remaja. ibu bapa perlu guide anak-anak sebab kalau anak-anak kita terpengaruh camne. Nauzubillahiminzalik. Aku tak dooakan cuma sebagai langkah berjaga-jaga. Macam orang jawa cakap, "PREVENT IS BETTER THAN CURE".

So next week, sambung dengan "rindu bertamu di abu dhabi" pulak ye. kepada adik-adik, kakak-kakak,makcik-makcik, jangan leka menonton ye sehinggakan lupakan yang UTAMA. in shaa Allah akhirat yang dikejar dan cinta hakiki adalah cinta kepada Illahi. 

SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR

Sunday, 3 February 2013

7 Jenis wajah mayat di dalam kubur


1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat.
Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi.
Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii.... Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak?

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam.
Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup.
Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya.
Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai .
Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum.
Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

copy from hard disk arwah Muhamad Afham bin Jumat. Al-Fatihah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...