Tuesday, 27 August 2013

Persoalan Cinta


Assalamualaikum teman-teman. Makcik rasa ini adalah artikel yang makcik dapat dari teman makcik yang sudah tiada. Makcik terperasan artikel nih dekat column draft. Semoga ia bermanfaat buat kalian.

apabila usia kian meningkat & kedewasaan mula menular di hati, aku tidak dapat lari dari realiti hidup yang manusia mahu menyayang & disayangi. aku mula sedar apa ertinya ungkapan sehari tak berjumpa umpama setahun lamanya. rindu menyeksa batin tapi nikmat sesudahnya tak terucap oleh kata2. sedar jua aku...mengapa ada yang lari dari realiti sehingga lautan api sanggup direnangi...

biarkan persoalan cinta tuhan...itu lebih sukar didefinisi,biar bermain dgn cinta manusia,itu sudah cukup hebat terasa.

dulu di kolej,forum tentang cinta seolah kurang maknanya buat aku...tapi kini persoalan itu berubah serius. namun aku tak fahami...memang bila menyelami persoalan cinta terasa murni & indah segalanya..bila masing2 saling mempercayai,jujur & tiada khianat. seolah2 segala macam persoalan & lingkungan masalah y menjadi realiti hidup terketepi.
semakin dalam menyelam...saling berperasaan antara satu dgn y lain seolah2 punya chemical bond y cukup kuat hinggakan kita terasa sanggup buat apa jua demi insan y kita cintai...hebatnya cinta.tak usah larii dari realiti...itu hakikatnya.

namun...bagaimana aku bisa mengungkap persoalan ini...apabila kita disulami rasa cinta & tidak tenggelam dengannya...tidak buta kerananya,waras & rasional,tahu mana arah tuju cinta...maka lebih nikmat cinta itu terasa sebenarnya. patutlah insan y menahan & bersabar sehingga akhir hayatnya seolah2 syahid kecil buatnya..berat perasaan y tertanggung bisa membuat insan gila... & bila sampai seru,masa yang sesuai n berani utk mencapai tujuan maka hasrat pun dinyatakan pada insan itu. lantas hubungan itu dimulai(bukan diakhiri) oleh pernikahan. & bermulalah kisah cinta y tidak seharusnya bermula sebelum itu.

bila manusia tenggelam dalam lautan cinta y tak bertepi, karamnya itu juga selalu bermakna karamnya dia dalam lautan dosa. kehidupan aku di UK, aku seolah2 melihat(tak tahu betul x)...cintanya muda mudi hanya dihiasi seks n mudahnya mengungkap kata cinta pada kawannya...namun selalunya tak kekal lama. namun bila berbekal prinsip & jalan y benar maka hebatnya dugaan membuat bertambah rasa cinta & ingin...budaya ketimuran y aku pegang aku sedar rupanya banyak memelihara aku dari terkandas di persimpangan,tak tahu memilih y mana patut dituju...

lebih tepat aku perlu katakan...Islam mengajar aku memilih jalan y patut kutuju...walau aku tak sehebat kawan2 y lain, berbekalkan sedikit ilmu y aku belajar dari mereka mana batas y aku tak harus lewati. perasaan malu yang datang juga bisa sedikit sebanyak memelihara aku agar perbatasan itu terjaga hinggalah pada titik pernikahan...lahirnya malu itu jua dari iman.

ah...indahnya bayangan itu.jalan2 waktu malam atau senja di mana2 taman berpegang tangan bersama isteri..n sekian sekian. mungkin menunggang kuda bersama n kemudian minum petang bersama. tatkala itu pandangan terus mata ke mata bukanlah lagi panahan syaitan buat jiwa yang meronta tapi nikmat tuhan pada insan y bergelar hamba...mungkin aku sedikit kebudakbudakan berimaginasi seperti itu...tapi aku percaya pada janji tuhan,agar aku usaha utk menjaga & trus berdoa,maka akan terkabul jua...tak didunia akhirat masih ade kalau amal cukupla..
bila berkahwin...syukuri seadanya pasangan y ada n pastikan erti hidup pada memberi tanggungjawab...n bukan meminta tanggungjawab org pd kita...kerana disitulah lahirnya kebahgiaan.

n akhirnya...aku sedar n aku tahu ungkapan ini,namun masih aku gagal memanifestasikannya dlm kehidupan ini...namun sedikit sebanyak aku mula faham & mengerti tafsirannya...

"memang jiwa remaja diciptakan kosong agar hatinya diisi rasa cinta pada ilahi"-dan kerana itu banyak hadith n nas y memuji serta memberi jaminan tingginya tempat golongan pemuda ini di hari y pasti akan tiba.

orang kata, hidup dunia kejap so live it to the fullest...benar tapi adakah anda nak try smua,minum arak hingga boleh bwk accident,nak hisap rokok,macho n cool...tapi anda tahu juga lung cancer akhirnya...

maka biarlah ungkapan live life to the fullest itu berdasarkan prinsip & landasan @paradigm y tepat.

buat Muslim...dalamilah Islam kerana disitu perspektif sebenar n disitu keseronokan hakiki + spirtual satisfaction bisa dicapai.

p/s:musim nak exam n aku suka sangat musim ni,sebab aku lebih takut & harap pada Allah n aku jadi kuat utk bangun di waktu sunyi.jadi mari kita jadikan musim exam sebagai wadah mendekatkan diri n lahirkan rasa cinta buat Muhammad the prophet n Allah y Esa.

Senyum Kambing The Series

Gambar Pertunangan Syanie dan Nadi Putera


Selepas 11 tahun menjanda, kini Syanie kembali menjadi tunangan orang, Nadi Putera. Ketika umat Islam masih sibuk meraikan sambutan Aidilfitri, Syanie dan Nadi telah selamat mengikat tali pertunangan pada 10 Ogos lalu dalam satu majlis yang diadakan di rumah pelakon itu di Petaling Jaya, Selangor.

Detik perkenalan mereka sebenarnya sudah lama berlaku apabila Nadi bekerja di syarikat milik keluarganya sejak tujuh tahun yang lalu. Nadi yang pernah berumahtangga mempunyai dua 
orang anak lelaki iaitu Mohd. Putera Danish, 5, dan Mohd. Putera Dafiq, 4.
Mengenai harapannya selepas selamat bergelar isteri Nadi kelak, Syanie memohon agar semua peminat dapat mendoakan kebahagiaan mereka berdua sehingga ke akhir hayat.
Majlis pernikahan mereka telah dipilih pada 1 Mac 2014 bersempena dengan cuti persekolahan.

Tandas jadi tempat tinggal

Shenyang: Berdepan dengan harga dan sewa rumah yang tinggi, sebuah keluarga menemui jalan aneh untuk mengatasi masalah kekurangan kediaman di sebuah daripada bandar raya terbesar China dengan mengubah suai tandas lelaki untuk dijadikan tempat tinggal.
Ketika Zeng Lingjun berpindah ke Shenyang untuk mencari pekerjaan, lelaki berusia 33 tahun itu mengambil keputusan, daripada mencari rumah di bandar raya berkenaan yang dia yakin tidak mampu membeli atau membayar sewanya, adalah lebih baik dia menyewa tandas hotel yang tidak digunakan.
Foto
ZHENG anggap rumahnya ‘kecil tetapi lengkap.’
Zeng yang bekerja sebagai tukang kasut berpindah ke tandas itu yang seluas 20 meter persegi pada 2006. Apabila berkahwin dengan Wang Zhixia pada 2010, isterinya juga berpindah ke situ. Begitu juga dengan anak mereka, Devi yang kini berusia dua tahun.
Meskipun ganjil, dengan tandas buang air kecil masih melekat di dinding, Zeng menyifatkan rumahnya itu sebagai ‘kecil tetapi lengkap’ dengan berkata, mereka sudah biasa dengan bau hancing dan busuk.
Dia begitu berpuas hati dengan keadaan rumahnya itu hingga menamakan anaknya ‘Devi’ yang bermakna memenuhi kepuasan seseorang.
Sebaik berpindah ke tandas itu, Zeng membuat pengubasuaian, memaku papan di atas satu daripada tandas untuk membuat katil yang menghadap sebuah televisyen kecil. Televisyen berkenaan diletakkan di atas meja antara dua tempat buang air kecil.
Foto
ZHENG, isteri dan anak mereka menonton televisyen yang terletak di tengah dua tempat buang air kecil.

Dua ruang lagi dijadikan tempat almari baju.
“Saya berpuas hati dengan apa yang saya ada sekarang. Hidup saya kini lebih baik jika hendak dibandingkan sebelum ini,” katanya dalam satu wawancara dengan Englishnews.cn.
Di luar ‘kamar tidur’ mereka, yang sebelum ini menempatkan sinki membasuh, dijadikan dapur dan bengkel Zeng.
“Ia tidak sesuai untuk memasak tetapi saya sudah biasa,” kata Wang, bekas tukang cuci.
Zeng membayar kira-kira 8,000 yuan (RM4,000) setahun untuk menyewa tandas itu daripada hotel berkenaan. Dia diberikan ruang percuma di depan bangunan, tempat dia bekerja mengilat kasut pelanggan.
Secara purata, dia memperoleh pendapatan kira-kira 2,000 yuan sebulan dengan mengilat dan membetulkan kasut, lebih separuh daripada gaji maksimum yang ditetapkan pihak berkuasa Shenyang. - Agensi

Monday, 26 August 2013

Apa khabar imanku?

Bismillahirrohmanirrohim

Pernah tak korang rasa kejap rajin sangat nak beribadah, baca quran, berzikir. Pstu tetiba rasa malas sangat nak baca quran, nak buat solat sunat rawatib, solat tahajud. Makcik percaya, tiap orang akan merasainya, CUMA yang bezanya adalah bagaimana kita nak mengatasi sifat KEMALASAN itu.

Secara umumnya, makcik nak cerita apa itu IMAN dari sudut pengertian bahasa, harafiah dan syariat ISLAM.

Kalau korang rasa boring, silakan bawak cursor korang ke button pangkah. Tapi kalau korang rasa nak tahu, meh sini dengar macik cerita.

1)   IMAN dari segi bahasa adalah "percaya" atau "membenarkan.

2)   Pengertian secara harafiah dalam Islam ialah "percaya kepada Allah". Orang yang beriman ditakrifkan sebagai orang yang percaya (mukmin)Perkataan Iman yang bererti "membenarkan" itu disebutkan dalam al-Quran, di antaranya dalam Surah At-Taubah ayat 61 yang bermaksud:


“Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada orang-orang yang menyakiti Nabi sambil mereka berkata: "Bahawa dia (Nabi Muhammad) orang yang suka mendengar (dan percaya pada apa yang didengarnya)". Katakanlah: "Dia mendengar (dan percaya) apa yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah dan percaya kepada orang mukmin, dan ia pula menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu". Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”
3)   Iman menurut syariat Islam adalah seperti yang diucapkan oleh Ali bin Abi Talib r.a. yang bermaksud: "Iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yang benar dengan hati dan perbuatan dengan anggota."
Aisyah r.a. pula berkata: "Iman kepada Allah itu mengakui dengan lisan dan membenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan anggota."
Imam al-Ghazali menghuraikan makna Iman: "Pengakuan dengan lidah (lisan), membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun (anggota-anggota)."

Iman pada maknawi sebenar ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan melakukan dengan anggota badan. Ringkasnya, orang yang beriman ialah orang yang percaya, mengaku dan beramal. Tanpa tiga syarat ini, seseorang itu belumlah dikatakan beriman yang sempurna. Ketiadaan satu sahaja dari yang tiga itu, sudah lainlah nama yang Islam berikan pada seseorang itu, iaitu fasik, munafik atau kafir.

Marilah kita bersama-sama tingkatkan amalan. Jangan hanya mengejar dunia, sebaliknya kejarlah dunia untuk mendapatkan akhirat. Wallahualam.

Thursday, 22 August 2013

7 cara untuk mengkritik

Antara kritikan dan pujian, makcik pilih kritikan. Sape2 yang nak kritik makcik, silakan. Jujur dari makcik, kritikan dapat meningkatkan potensi diri seseorang. Tapi ada caranya. Kalau salah cara mau penampar makannya.

1. Kenal pasti perilaku yang ingin dikritik

Sebelum kritik pastikan kita mengkritik perilaku yang dilakukan bukan dirinya. Bimbang andai kita tersalah kritik, timbul masalah lain seperti bermasam muka dan tak sehaluan pendapat. Jika sudah nampak perilaku negatif itu cuba kritik dengan guna bahasa lembut agar dia dapat terima dengan baik.

Kalau tak mahu dengar, kita angkat kaki dan blah dari situ. Bukan angkat kaki untuk menendang ye. 
2. Kritik dengan lebih spesifik

Berterus terang dengan kesalahan yang rakan kita  lakukan agar dia lebih memahami dan terus berubah untuk menjadi pekerja yang baik kemudian hari. Kemudian nyatakan dengan lebih jelas kesalahan yang dia buat agar dapat dia tingkatkan mutu kerjanya.

Yang ni makcik paling suka. Makcik kalau tak puas hati, makcik suka tanya kat orang tu terus. Tapi bukan kat semua orang makcik buat camtu, makcik buat kat kawan-kawan vogue makcik je. 
3. Tunjuk bahawa kita sedia untuk membantu

Ketika kritik rakan, tunjukkan bahawa kita sedia untuk bantu dirinya bagi mengatasi kesilapan yang dilakukan agar dia rasa anda ambil berat ke atas dirinya dan akan menerima setiap kritikan yang kita katakan. Walaupun pedih, dia dapat rasai bahawa kita prihatin dengan setiap tingkah lakunya.

Teman makcik pernah kata, "What is friends for?" So, give maximum help even to your not-so-called-friend. Because one day, we will get the reward.

4. Jangan berkias atau menyindir

Ini haruslah dijauhi kerana mereka akan berkecil hati dengan kita dan agak sukar untuk kita bekerjasama kemudian hari. Ungkapkan kritikan itu dengan perkataan yang lebih jelas agar dia mudah faham. 

Alah u'ols ni, sekarang nih dah maju. nak cakap guna highway la, straight je. Jangan guna jalan kampung yang bengkang-bengkok tu.
5. Jangan naikkan intonasi suara

Ketika kritik jangan sesekali naikkan intonasi suara itu agar dia tidak berkecil hati. Bila kita guna nada suara tinggi akan kelihatan kasar dan marah dengan kesalahannya itu lalu membuatkan dia berasa hati dan sukar menerima kritikan kita malah tidak lagi menegur sapa dengan kita. 

Tapikan, makcik punya volume suara dah memang 10/10. Orang kat bank pun marah-marah makcik sebab speak louder. Kena praktis cakap dalam kelambu ni. Tapi S.A.K takde lagi.
6. Tawarkan bantuan 

Jangan sekadar memberi kritikan tapi cuba hulurkan bantuan untuk menyelesaikan masalahnya. Bantulah apa yang perlu dan pantau setiap kerja yang dilakukan agar kesilapan yang dilakukan tidak berulang kembali. 

Yang ni makcik LIKE sangat2. Nampak tu capslock. Hehe. Sebenarnya, cara mengkritik yang terbaik adalah apabila kita turut memberikan solution. Kau dah tembak a.k.a kritik puas-puas, sekurang-kurangnya sejukkan hati teman tu balik.
7. Tunjukkan bahawa kita memahami perasaan rakan itu

Meletakkan diri kita di tempatnya dan mendalami perasaannya ketika itu kemudian cuba berkongsi pengalaman pahit itu bersamanya agar dia rasa diri tidak terlalu dibebani dengan hal-hal urusan kerja rumah/pejabat/sekolah/universiti dll.

Mungkin susah kalau kita nak letakkan diri kita kat tempat orang. "Kalau kau saiz 10 dan dia saiz 6, mana nak muat kau masuk dalam tu"But at least we try ok. Who knows our times will be coming soon.

P.S: lepas baca nih, praktislah kritik makcik dulu ok.

Atuk, nenek brutal

Foto
PETUGAS ambulans memeriksa kecederaan lelaki terbabit.
Foto
WANITA terbabit memeriksa kecederaan dialami.

Sungai Siput: Hanya kerana wang RM36 yang hilang, satu pasangan suami isteri warga emas bergaduh hingga menyebabkan kedua-duanya cedera parah dalam kejadian di kampung baru, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari kelmarin, pasangan terbabit ‘berperang’ apabila si isteri berusia 66 tahun menuduh suaminya yang berusia 73 tahun mencuri wang. 
Sumber polis berkata, tuduhan isterinya menyebabkan si suami menetak kepala isterinya dengan parang, manakala si isteri mempertahankan dirinya dengan tukul besi.

Berdasarkan siasatan awal, si isteri berjaya merampas parang yang digunakan suaminya itu sebelum membalas serangan dengan menetak suaminya pula.
“Tidak cukup dengan itu, si isteri turut menyimbah minyak panas ke atas suaminya menyebabkan mangsa menjerit kesakitan yang didengari jiran mereka.
Sumber: Harian Metro

Hidup Seorang Blogger Jalanan

Assalamualaikum
Blog Priasetia


Tidak membuka laman blog itu sehari, Yuni Shora menjadi gundah. Tidak
membaca apa yang didiktat oleh Priasetia, hidupnya menjadi serba tidak
kena. Laman tersebut teman di waktu berduka. Seringkala ketika
kesunyian melanda, Blog Priasetia menjadi temannya.
Namun tanpa sedar, Yuni Shora akhirnya terperangkap dalam seribu satu
macam cerita Priasetia. Kehilangan adiknya, Azroi, kisah silam sahabat
ayahnya dan onar Lola Kesandra, si wanita pemburu nafsu, semuanya
berkait dengan Blog Priasetia.
Blog Priasetia, mengumpul segala suka duka, di situ segala ruwetnya
kehidupan terburai dan paling penting, di situ kisah cinta Yuni Shora
bermula...

Novel ni berkisar tentang suratan dan kebetulan. Siapa sangka follower priasetia, Yuni Shora merupakan orang yang diminatinya dalam diam. Setiap entry priasetia dibaca oleh Yuni Shora tanpa missed out satu pun. Dan Yuni Shora merasakan seolah-olah entry priasetia itu berlaku di sekitar kehidupannya juga.
Andai itu takdir buat mereka, walau dipisahkan oleh beratus benua, akhirnya mereka pasti bersatu.

Bagi makcik yang setia ni, I LOVE YOU STUPID sentiasa nombor 1 didalam hati. Novel itu membuatkan makcik ternanti-nanti kemunculan abang pedas. Memang terbaik sangat cara penulisan dan pengongsian cerita dalam novel itu. Paling penting, diselitkan juga unsur-unsur keagamaan dan sejarah Islam di Kemboja. Maybe makcik nak dapatkan satu novel ni. Dulu baca kawan makcik punya jer.

Anyway, buku BLOG PRIASETIA ni boleh didapatkan dimana-mana kedai buku yang dekat dengan rumah korang. Makcik pinjam buku ni kat national library jer pun. Kalau korang nak baca online, ni linknya makcik baikhati tolong carikan http://blogpriasetia.blogspot.com/

P.S: abang pedas atau priasetia? mungkinkah S.A.K?




Wednesday, 21 August 2013

NAHAS BAS JATUH GAUNG DI GENTING: Kemalangan terburuk sejak 17 tahun




KUALA LUMPUR - Nahas bas ekspres yang terjunam sejauh 60 meter ke dalam gaung di KM3.5 Genting Highlands hari ini adalah kemalangan paling buruk pernah berlaku di kawasan itu dalam tempoh 17 tahun.

Setakat ini 30 orang disahkan terkorban dalam tragedi yang berlaku kira-kira 2.45 petang itu.

Bas itu dipercayai membawa 49 penumpang dalam perjalanan dari Genting Highlands ke ibu negara.

Kemalangan buruk lain ialah pada Julai 1996 apabila 17 orang termasuk enam kanak-kanak terbunuh selepas bas yang dinaiki mereka terhumban kira-kira 100 meter ke dalam gaung ketika pulang daripada menyertai hari keluarga di Genting Highlands.

Pusat peranginan Genting Highlands merupakan destinasi percutian popular bagi rakyat tempatan dan juga pelancong dari negara seperti Singapura, India, Taiwan, Jepun dan Indonesia.

Berikut ialah kronologi kemalangan maut melibatkan bas di kawasan Genting Highlands, Pahang:

5 Mac 2012 - Dua pelancong warga India maut manakala 20 lagi penumpang cedera apabila bas pelancong terbalik di bahu jalan di KM4.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ketika bas itu dalam perjalanan dari Genting Highlands ke ibu negara.

29 Oktober 2010 - Tujuh maut manakala 20 orang cedera selepas sebuah bas pelancongan terbabas lalu terbalik di KM38 Genting Sempah ketika menuruni Genting Highlands.

2 September 2010 - Lapan belas orang cedera apabila bas persiaran yang dinaiki terbabas dan terbalik di KM35.1 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur ketika dalam perjalanan dari Genting Highlands.

3 Jun 2008 - Dua penumpang sebuah bas persiaran maut manakala 41 yang lain cedera apabila bas yang mereka naiki terbabas lalu terjunam sembilan meter ke dalam gaung diKM 22.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

20 November 2006 - Tiga pegawai Provincial Electricity Authority of Thailand (PEA) terbunuh apabila bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbalik ketika dalam perjalanan pulang dari Genting Highlands di KM13, Jalan Genting Highlands-Batang Kali.

14 November 1999 - Seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun dari Singapura terbunuh apabila sebuah bas yang dalam perjalanan ke Singapura, terhumban ke dalam gaung di Genting Highlands.

31 Disember 1996 - Seramai 30 orang cedera apabila sebuah bas menuju ke Kuala Lumpur terbabas ke dalam gaung di KM4 dekat Tokong Chin Siew di Genting Highlands semasa sedang menuruni bukit peranginan itu.

15 Julai 1996 - Tujuh belas orang termasuk enam kanak-kanak terkorban apabila bas yang dinaiki mereka terhumban kira-kira 100 meter ke dalam gaung ketika pulang daripada menyertai hari keluarga di Genting Highlands. - Bernama                                            

Tuesday, 20 August 2013

APASAL KAU TAKDE TARGET?

Assalamualaikum.

Ibarat masuk ke rumah yang dah lama ditinggalkan. O mak cik lawa, punya la bersawang-sawangan. Kali ni kita dengan mood dan azam baru nak rajin update blog. Cerita hantu, motivasi, gosip, masakan pun boleh.

Sebenarnya makcik nak cerita sikit kenapa kita perlukan target/azam/impian atau dalam bahasa moden makcik adalah dreams. Eh sama ke dreams dengan target? *ada makcik kesah*

Bila kita ada target, kita lebih senang nak pilih haluan. Sebab tu kita kena ada target. Contohnya nak pergi honeymoon, kita mesti ada target nak pergi Pulau Krabi atau Pulau Langkawi. Contoh je taw. *makcik nak pergi Krabi.hehe*. Kalau pilih Krabi, senanglah plan pastu nak naik flight ke sampan dan dah siap rangka perjalanan honeymoon kita. Jadi, itu memudahkan kerja kita sendiri untuk berhoneymoon dengan romantik.

Samalah dengan hidup kita ni. Kalau ada target, senang nak susun perjalanan hidup kita. Tapi sebagai seorang Muslim, kita kena ingat, "SEBAIK-BAIK PERANCANGAN ADALAH DATANGNYA DARI ALLAH SUBHANAHUWATA'ALA".



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...