Saturday, 19 July 2014

Stghessss

Assalamualaikum....

(Sila jawab ye salam kita*penat taw taip*). Sebenarnya dah lama kita berhasrat nak update blog nih, tapi kemalasan sering melanda diri ini. Ececech saja bagi alasan je tu. Since kita da grad june lepas, kita stress la sebab tak dapat kije lagi. Acaner kita nak survive? Acaner kita nak bayar ptptn balik? Acaner kita nak bagi duit kat family?

Arghh siyes stghesss taw. Kawan-kawan pun da pesan cari kije awal2. Tapi kita konon-konon nak fokus kat exam je dulu. But now, nyesal tak sudah mak jemah. Kita kalo boleh nak kije dalam kita nyer relevant field of work. Tapi cam susah je. rezeki masing-masing kan. Maybe kita kena work harder lagi kot. Ada few friends kita dulu siap terjah to company and drop by their resume. That was such a pretty action. Kita tak terfikir nak wat cenggitu.

Skang bulan ramadhan, maybe kita should focus on ibadah first. Maybe Allah bagi kita kesempatan untuk beramal ibadah dulu, then baru hunting for a job. Tiap sesuatu yang berlaku kan atas aturan Allah. So right now, kita kena always buat ibadah. Takleh leka-leka dengan pesbuk, instagram,youtube agy da.

Hope my journey on job hunting will be ease by HIM. Ameen.

Sunday, 4 May 2014

MARRIAGE

whoaa aku gila blogging pulak dah. sikit-sikit menulis. sikit-sikit menulis. Hahaha coz i prefer aand love writing rather than talking. So aku terpikir lak, camne aku nak apply job kalau aku xleh nak cakap. pas ni aku kena cari teman bercakap selalu.

Tengah malam ni aku nak story pasal marriage. Hari ni attend wedding kawan ala-ala bollywood. Ok she is so BEAUTIFUL. dah gaya aishwarya rai aku tengok. Opkos la weyh. aku rasa sume anak mamak ni natural beauty. Even big size ke tak cukup tinggi ke but yeah, you are beauty.

sebab kawan-kawan aku nak support wedding kawan bollywood nih, most of them wear baju panjab and at first diorang pakai nandek kat dahi tu. ala beli mydin je pun. mula-mula ada sorang kid tanya kat aku, "akak-akak, kenapa kawan akak pakai yang kat dahi tu?"

aku dengan innocent nya suruh budak tu tanya sendiri kat diorang. aku ingat budak tu suka tengok akak-akak yang meletop lagi gojes tu. tapi sebenarnya salah sangkaan. benda tu haram dipakai sebab ada kaitan dengan agama Hindu. aku pun tak berapa paham tapi nanti aku tanya pakar dulu then baru aku update. Neway takde pic pon. Malas nak upload. ok nytezzzzzz

Saturday, 3 May 2014

KOSONG ITU NIKMAT

Kosong.. Kosong.. Kosong..

Ini bukan aku nak cerita pasal lagu Najwa Latif ye. Tapi kosong yang aku maksudkan ni bilamana kita suddenly rasa jiwa kita kosong, jiwa kita kacau, jiwa kita resah. I bet everyone must feel this because we are human. Kita tak boleh lari from this feeling.

CUMA, kita perlu audit balik diri kita. Cuba check apa dosa yang kita dah buat. Bila kita rasa kosong, itu sebenarnya satu nikmat kurniaan Allah. Cuba tengok ye, bila kita rasa kosong, pasti kita akan sedih. Oleh itu, sebaik-baiknya kepada Allah jualah kita kembali, merintih kepada-Nya dan menangis kepada-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani.

Aku ada terbaca satu blog pasal D&T. The way he stories, yeah kita akan paham dengan mudah dan boleh terima. Dan dari situ aku ternampak "KOSONG ITU SATU NIKMAT".

Sebab apa? 

Bila kita sedih, kita pasti akan mengadu kepada Allah. Kadang-kadang kita akan menangis dan merintih. Kita rasa berdosa dan jijik dengan dosa-dosa kita yang lalu. Tapi, Allah sentiasa mengasihi kita dan menerima taubat kita walau dah sepuluh dua puluh tahun. Itu buktinya Allah Maha Pengampun. Allah takde pun bagi due date sampai bila kita boleh bertaubat.

But anyhow, sometimes its true, we need friends yang boleh kita luahkan. Tapi tak semua kita boleh share with others kan. Macam aku, i just feel uneasy to share stories with friends. Aku takut untuk terlalu rapat dengan orang. Aku takut aku akan ditinggalkan. So, thats why aku tak banyak kawan kat universiti. Plus, aku takut aku akan lalui semula kenangan-kenangan pahit semasa sekolah.

sweet reminder:
orang kita bukan susah nak jadi baik, tapi yang susahnya adalah bagaimana nak istiqamah untuk menjadi baik.

Saturday, 26 April 2014

GUNUNG NUANG - stage 1

Alhamdulillah...
Selamat sampai dirumah.Walaupun malam tadi tidur almost 2.30am, tapi masa hiking tak rasa sakit kepala pun. Alhamdulillah. And now, I am writing this entry. Sebenarnya tadi dah terlelap dalam setengah jam lepas asar. Sekarang ni magrib and mata taknak pulak tutup.

Aku dah lama teringin nak naik NUANG. why??? sebab gunung nuang ni agak pemes dikalangan hikers la kot. Walaupun kitorang baru sampai waterfall which is only stage 1, tapi aku satisfied sangat-sangat. Subhanallah. Dah lama sangat aku teringin nak pegi sungai or laut, and my dream was achieved today. Ya Allah, airnya sangat bersih dan jernih. Kalau aku tak period, rasanya aku pun dah terjun.

After all, aku dapat relaxkan my mind for a while daripada pikirkan benda-benda yang messy nih. Syeghonokkk sangat. Actually, kitorang banyak kali gak sesat. Kat highway pun dah terlajak. Pastu dah sampai janda baik pun, salah track. Aku nih bawak kancil je pun. Tapi track macam untuk 4 wheel. Mujur aku tak pinjam kete Neo amat.

Thanks to group private tour nuang; fatin, wani, malin, kak na, aiman, anas. Semua teror-teror. Big thanks to fatin. Walaupun aku inform dia a last minute decision. Actually umi macam tak bagi aku pegi. And aku try ajak the boys tapi semua keje. So aku make my own decision. Sorry umi bcz i didnot inform u.

Thursday, 24 April 2014

Alhamdulillah. It's a relief!

Bismillahirrohmanirrohim

Aku masih ingat pesanan seorang sahabat kepada aku pada sembilan tahun yang lalu.

Sahabat: Odah, aku pun banyak masalah, tapi aku selalu cerita dengan encik d je.

Odah: Encik d. Kau tak penah cerita pun dekat aku pasal dia.

Sahabat: Astaghfirullah. Encik d tu Encik diari la. Kau ni buruk sangka pulak dengan aku. hehehe. Aku bukan apa odah, aku lagi percaya dekat encik diari tu daripada manusia. Sebab encik diari takleh citer kat orang lain. So citer aku hanya tersimpan disitu.

Before that, aku datang jumpa sahabat ni untuk berkongsi masalah aku kat dia. And then bila dia cakap camni, ok baru aku realize that aku dah susahkan dia sebab aku tak pernah tahu masalah dia. Ye la aku ingat aku sorang je ada masalah besar. hehehe.

At some point, aku agree dengan dia tapi as a human, we still need friends. Maybe bukan untuk buka aib tapi kita perlu seseorang untuk share our problems. To tell them that we are in suffer. Cehhh takdelah suffer sangat kot tapi when we have someone to share with, we got relief. And this is what i feel right now.

Air mata sempat mengalir setitik dua saja. Aku ingat aku kuat untuk tahan but not with them. Teman-teman yang aku kongsi cerita ni dah la aku tak rapat, and we met once a week only. But then, I can feel the bond. Ikatan seorang teman yang tulus dan ikhlas. Mereka adalah kawan 'CINTA HATI' KU.


And sahabat aku yang diatas merupakan kawan sekolah aku masa form 5.

Ya Allah, terima kasih kerna meminjamkanku teman-teman yang dapat mengingatkanku kepada-MU.

Ayat ini merupakan status facebook sahabatku. Dah lama aku nak cari ayat nih.


Surah asy-Syarh ayat 5&6 : Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.

Keep the positive thinking with your soul, so u may become one in shaa Allah


Monday, 21 April 2014

Gembiranya dia

Ya Allah... tiada ungkapan yang bisa kusingkapkan melainkan syukur pada-Mu. Alhamdulillah keadaan dia masih baik. Masih sihat. Masih gembira. Cuma aku tidak pasti, adakah asli kegembiraan itu? Atau dia cuba menyembunyikan keresahan hati?

Sayu hati tatkala terpandangkan si dia di sebalik dinding kaca. Kami hanya mampu berborak melalui talian telefon yang sudah digam didinding meja, dikelilingi pila dengan pelbagai orang.

Ya Allah, suatu masa dulu kami diuji dengan keadaan hospital. Kini kami diuji dengan keadaan terkongkong. Kuatkanlah hati-hati kami ini Ya Allah.

Ya Allah, suatu masa dulu kami ditindas dengan ketiadaan rumah. Kini kami juga ditindas oleh undang-undang manusia.

Aku sering berasa kerdil berada bersama teman-teman. Siapalah aku berbanding mereka? Aku yang dulu hanya tinggal di pondok. Guna air perigi je.

Arggghhhh duhai hati, janganlah kau merungut. Ini saat kesusahanmu. Maka bangkitlah kamu mencari jalan keluar.

BARANGSIAPA YANG BERUSAHA, PASTI AKAN BERJAYA


Saturday, 19 April 2014

UJIAN ITU BERAT

Ya Allah

Berat, sungguh berat ujian yang datang kali ini. Kepada aku, umi, along, adik beradik aku yang lain dan terutamanya ABAH. Ya Allah, aku berdoa kepada-MU, semoga ABAH kuat menghadapi ujian ini. Disaat kesakitan dia melanda, disaat dijatuhkan hukuman, disaat berada disana.

Undang-undang manusia memang menyusahkan lagi membebankan.
Apakah salah seorang ayah mencari sesuap nasi untuk keluarganya?
Apakah salah seorang ayah saat dijatuhkan hukuman?
Apakah salah seorang ayah saat dibenci oleh pihak berkuasa?

Ya Allah, berat, sungguh berat. Aku dapat rasa seperti sesuatu didalam hatiku. Seperti satu benda yang berlegar-legar dan berputar-putar didalam sana. Tidak dapat kuluahkan dan tidak dapat juga aku ludahkan. Dunia ini hanya memandang kita apabila kita punya harta, punya kuasa. Tapi Allah Yang Maha Besar, Maha Berkuasa memandang kita pada iman dan takwa.

Aku percaya pasti ada hikmah disebalik semua ini. Tidak akan dibebani sesuatu hamba itu melainkan dia tabah menghadapinya. Itu jaminan Allah. Disaat teman-temanku bergurau-senda bersama keluarga, aku disini meratapi nasib diriku, keluargaku.
 

Monday, 24 March 2014

#3 LAST PAPER FOR THE SECOND LAST SEMESTER



7/1/2014 
         
This Friday (10/1) will be my last paper for this semester. I have another one semester to go before graduate. Sometimes I felt that I performed better but sometimes I thought what ridiculous that have I done. No mood to study but always got a spirit to watch Korean dramas.
Actually people, when u watched the movies, u should look at the good side. Do not just look at romantic and loving-loving only. Cause I have gone through it. After I watch Korean dramas, I got their spirit. How the really work hard for something? How they really bad if they failed? How they behave although sometimes they are so rude? It is actually give me some thought.
I really really really hope that I can achieved great cgpa this semester. So to be smart, u have to work hard.

#2 PUAS KE MARAH ORANG?



1/6/13  SATURDAY              

Apa perasaan korang bila korang marah seseorang? Korang puas hati ke? Korang syok ke? Atau korang rasa sakit sangat kat hati korang tu? Aku nih nak kata jenis panas baran takdelah jugak. Cuma sekali aku naik angin, macam gunung berapi mengeluarkan lava. Boleh mati orang sekeliling. Dan kini aku amat menyesali dengan panas baran aku.

Adikku Shaari, maafkan kakakmu ini kerana telah membuat engkau terasa hati. Kerana telah membuat engkau berasa sedih. Kerana telah membuat engkau berasa kuciwa. Aku bukanlah seorang kakak atau adik yang baik. Aku suka marah adik-adik aku. Sebab aku tak tahu camne nak berkasih sayang. Kawan aku sendiri ada cakap yang aku nih garang giler dengan adik.

Mungkin kawan-kawan aku tak pernah tahu siapa THE REAL ODA sebenarnya. Kalau dengan kawan-kawan, aku tak pernah marah diorang. Paling aku geram pun, aku just diam dan tak pernah aku tengking diorang. Maybe aku memang seorang kawan yang loving tapi bukan seorang kakak atau adik yang loving. Aku tak tahu camne nak show my love toward my siblings. Arghhh…

Korang ingat tak sedih ke bila kita lepas marah orang? Sedih giler taw ibarat kita telah dimarahi. Dan itulah apa yang aku rasa. Sakit sangat hati. Sedih sangat rasanya. Kadang2 kalau bergurau dengan adik-adik pun, gurau aku memang sangat kasar ok. Kalau kawan-kawan tahu mesti terkejut tengok THE REAL ODA.
Sampai umi pesan kat aku;
“Nanti kalau dah kawin, diam je bila suami marah. Jangan lawan balik cakap suami. Tunggu suami cool dulu. Kalau kamu buat kat suami kamu macammana kamu buat kat shaari, kompem suami kamu lari”

Ok fine. Aku terdiam dengan apa umi kata sebab aku tahu kata-kata seorang ibu itu adalah doa. Dalam novel-novel yang aku baca pun, semua cakap benda yang sama. Jangan lawan cakap suami. Wajib layan suami makan. Macam-macam lagilah.
Aku selalu fikir, “camne la nanti tetiba diorang meninggal lepas aku marah diorang ataupun kalau aku tak sempat nak tunaikan apa yang diorang mintak”

YA ALLAH YA TUHANKU, aku memohon kekuatan dari-MU, bimbinglah aku menuju ke jalan yang KAU redhai. Peliharalah aku dari melakukan maksiat. Timbulkanlah kasih-sayang dalam diriku. Dan peliharalah orang-orang yang ku sayangi dari azab-MU. Berilah mereka hidayah agar mereka akan kembali ke jalan yang KAU redhai dunia dan akhirat. AMEEN

#1 REGRET TILL DEATH



Assalamualaikum WBT          14/5 Tuesday     

Its been a really long time since i left Mr.Diary. More than a year i guess. Actually, i ve wrote somewhere and save in the laptop. But then, i decided to post it here because i want to do so. There was a date for every moment and the last one i could not able to finish my stories and now i forgot already.
         
I should help him. Why do I refuse to help him? WHY? WHY? WHY? Whoaaa. Feel so guilty with what have I done. Suddenly I think about my eldest brother? What if someone refuse to help him? Just the same way with what I did. Sorry brother because I am unintended to do that to you. I just feel scared to both supervisors in the room behind you. I scared if they get angry with me. SO SORRY. This is my promise: I will help anyone in need. IN SHAA ALLAH

We would never know the real we are until HE test us. This is what I feel right now, ‘the hurt feeling’ even though I was the one who refuse to help him.

A few minutes later, he came back with his beauty wife and handsome boy. I feel so relieved and ashamed because of my bad attitude. I hope this is the last bad attitude that I will show to people. O Allah The Almighty please gives me spirit and motivation to change. Ameen.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...