Tuesday 28 September 2010

finally..it is done

urmm. walaupun semua midterm paper dah lepas, tapi aku tak puas hati coz lecturers had return two papers already. damndamndamn. hancus segalanya. now i have to struggle for the final. can i? fuhh. kepala asyik pusing2 je sebab tidur pun dah tak betul. apa taknya, kul 3@4pg aku tak tidur lagi. tak tahu buat apa ntah tapi for sure aku memang tak dapat nak tidur. pastu kalau dah tidur pun lambat, kompem2 bangun pun lanmbat. biasanya aku sambung tidur lepas solat subuh.

selepas ini mesti berbundle-bundle kuiz + assignment + presentation. adoiiii. aku rasa tension sikit semenjak stay rumah. takde geng nak study. kalo sem lepas aku slalu cerita dengan najah. rindu nyer nak lepak dengan korang semua.pastu ada hikmah apa yang berlaku.

yesh(tetiba mood bertukar)..this week aku ada futsal game. walaupun tak pandai main tapi aku nak enjoy dan nak menang yang pastinya. go2 caiyok kawan2.

p/s:aku perlu muhasabah diri

Thursday 23 September 2010

gila nak main

aduss..hati ku sudah tidak tenang lagi. camne ni nak sangat main futsal. teringin nak sepak bola tapi sekarang busy dengan watadance + exam +assignment + yang sekutu sekati dengannya. next week de tournament uia. fushhh.. naseb baik antara student uia je. dengar2 omongan orang, game ni akan diadili oleh FAM(football association). bukan calang2 main a maksudnya. mesti fokus nak menang sebab nanti ada players yang terbaik akan dipilih untuk mewakili uia. aku nak.aku nak.

teringat masa wakil kelas tingkatan 4 ibnu sina. disebabkan nervous sangat dengan tak pernah practice, malu giler. aku goalkeeper. pastu member2 pesan odah,nanti bukak spec mata taw bila nak main. nanti takot pecah habis spec ko. padahal tendang dengan mata not related langsung.
                                      


disebabkan aku ni veryveryveryvery goodfriene, aku pon bukak spec. pastu bila orang nak sepak bhgn kanan tiang gol aku pegi lari sebelah kiri tiang. hahahaha. malu den kena gelak satu sekolah. aku ingat lagi masa aku jaga gol adalah super senior aka form 5 duduk belakang tiang. diorang boleh gelakkan member2 aku yang dok jadi pompom girls.budak form 5 ni siap gelarkan member2 aku ni TUDUNG CENDAWAN. almaklumlah, dulu aku kelas sains agama. tapi tak patot senior ejek member aku. nasib baik aku tak nampak sebab tak pakai spec, kalau tak memang aku aim those seniors

Thursday 16 September 2010

PETUA KECANTIKAN WANITA SOLEHAH

Anda ingin lebih cantik dan menarik?
  • jadikanlah 'Ghaddul Bashar'(MENUNDUKKAN PANDANGAN) sebagai hiasan mata anda ,nescaya akan semakin bening dan jernih
  • oleskan 'LIPSTIK KEJUJURAN' pada bibir anda ,nescaya semakin manis
  • gunakan 'PEMERAH PIPI' anda dengan kosmetik yang dibuat daripada rasa malu yang dibuat dari salun iman
  • pakailah 'SABUN ISTIGHFAR' yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan
  • kawallah rambut anda dari 'SELENDANG ISLAMI' yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahaya
  • hiasilah kedua tangan anda dengan gelang 'TAWADDNUN' dan jari anda dengan cincin ukhwah
  • sebaik-baiknya kalunglah leher anda dengan kalung kesucian
  • hiasilah wajah anda dengan 'AIR WUDUK' ,nescaya akan bercahaya di akhirat

Wednesday 15 September 2010

dunia...oh dunia...

kebiasaan bagi ku,sebelum post new entry kat blog ini aku akan blogwalking dulu. ops bukan untuk mencuri idea tetapi lebih kepada ingin mengetahui cerita-cerita terbaru dari blogger2 lain. bolehkah kita mempercayai 100% cerita yang ditulis.

kehangatan berita pembunuhan datuk kosmetik telah melariskan kesemua paper melayu yang berada di market. maybe sebab aku tinggal kat kampung and sebab tu paper bi tak laju. haha padahal malas nak baca nst. takziah diucapkan kepada kesemua keluarga arwah.

Monday 13 September 2010

nothing gonna be happen

aku je yang suspen lebih2 but actually takde pape pun yang berlaku. abah tak jadi nak bagi ceramah. hehe.aku pun tak tahu kenapa tapi aku suka raya tahun ni. semua orang dalam mood yang baik. takde yang marah2. cuma abang and adik aku yang demam. patutlah abang aku asyik tidur je pagi2 raya..

ok then,ayat diatas sebenaqnya aku nak post sehari pas raya but many problems occurred till my sis sibuk2 nak skodeng blog ku ini. actually hanya teman2 sahaja yang baru mengetahui tentang blog ku and if sampai my sis pun taw payah la cikit untuk mengumpat disini. hehe.

Wednesday 8 September 2010

debaran menanti esok hari

entry ni takde kaitan langsung dengan hari raya k. diz year takde mood langsung nak celebrate raya. baju raya pon tak siap jahit lagi. esok pagi lepas subuh ada family meeting. its long time ago abah does not give his ceramah. hehe. i wonder what might be happen because i can feel someone akan naik tocang or naik angin or any naik2 lah. what matter i'll update it because this is my way to express my feeling

Sunday 5 September 2010

kalau bab memalukan orang memang habit lelaki ke?

aku rasa dah bertukar menjadi imnosia la semenjak cuti ni. bila malam menjelma tiba je, aku tak boleh nak pejamkan mata. padahal banyak lagi kerja rumah aku yang tak siap. nasib baik umi sporting tak marah2 aku. honestly aku cakap,sepanjang puasa ni aku tak penah bangun untuk tolong dia masak sahur. kadang2 umi sampai kejut berkali-kali tapi aku tak bangun2 jugak. umi,maapkan orang. tak tau camne nak berubah.

oki.sekarang baru aku nak cerita kenapa aku tulis tajuk kat atas. tengahari tadi aku pergi amik ujian komputer. masa kejadian berlaku kat dalam ofis tu aku sorang je pelajar perempuan dengan 2 orang pelajar laki dan 2 orang laki yang in-charge(officer kot). time ni aku nak amik result kat kaunter.perbualan diorang camni;

officer 1: weh brader,tu seluar kau tu
pelajar laki : ha...pe dia bang?(sambil memegang seluarnya kerana takut ada kotor kot)
officer 1 : ko pergi sana dulu zip seluar kau.bulan puasa ni jaga sikit.kurang pahala jap agy
pelajar laki : (dengan sengih2 kambing+malu dia boleh zip selmba depan aku)
officer 2 : woi kau ni pun kalau ye jangan la cakap depan perempuan.malu la dia.ha kau(dia cakap kat aku la),jangan senyum2 nanti kurang pahala puasa.
aku : mana de..(padahal dalam hati nak terguling aku)

kalau perempuan pulak bila nak tegur2 ni mesti kena face-2-face dengan dia je. takleh direct macam cerita brother kat atas ni. sebab aku ada pengalaman bila kawanku ditegur dan at last dia jadi sensitif.

Wednesday 1 September 2010

G.E.M.U.R.U.H

semacam dapat satu azam + semangat baru selepas beberapa ari nih. mood exam masih membelenggu diri sampai habis raya. dulu kalau masa kat sekolah, bila tensi2 je atau rasa down je mesti nak dengar lagu gemuruh-faizal tahir. tapi bila dah besar ni asyik nak dengar lagu jiwang je. adoyai perubahan hormon menggatal la tue.

so kalau korang dengar lagu ni tanpa hayati lirik pon, semangat korang boleh naik tetiba. aku kalau dengar lagu payah nak hayati lirik lagu tu tapi aku suka dengar muzik lagu. kalau balada sangat payah sikit la nak layan. lagi2 kalo meleleh, urmm lagi payah nak dengar. bukan sebab ati ini keras tapi sebab jiwa yang kental dan tak mudah sensitif pada perkara2 lembik cenggini.konon je padahal.....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...