Wednesday 29 May 2013

MY 'PERFECTIONIST' INTERNSHIP

Assalamualaikum WBT

Dah genap empat bulan aku berpraktikal. What could i say? My internship was not good like others. Aku tak tahu kenapa tapi aku selalu ada feeling samada orang benci atau suka kat aku. Aku dapat rasa yang aku dipandang rendah di ofis. Ok fine it is instinct but sometiimes it can be true. Aku tak suka bila orang pandang rendah kat aku tanpa melihat kebolehan aku dahulu.

Bos a.k.a owner company memang sangat baik. Cakap pun takde marah2. Cuma staff di situ. Bayangkan kalau dua department yang WAJIB bekerjasama tapi bergaduh. Benda nih dah lama pun sebelum aku masuk lagi. Tapi aku tak tahu sebab apa. Staff and intern lain bukan nak cerita. Aku tahu sebab diorang taknak keruhkan keadaan.

No matter what, itis only education that can bring your life further. Bila kau ada ilmu, baru orang akan respek. But remember, what we got is a test from ALLAH. Kalau kita tak tahu bersyukur atau berlagak, satu hari nanti ALLAH akan ambil semula.

Arggghhhh......geram sangat ok. Aku geram sebab takde keje. Aku tensen sebab takde keje. Aku sakit hati sebab aku tak dilayan sebagai intern tapi aku rasa dilayan seperti KERANI yang hanya duduk termenung kat meja.

Maybe budak intern lain tak rasa macam tu kot. Sebab aku tengok diorang ok je. Tapi hati manusia takde sape taw. I wish I could bring back the happiness into that office. Aku nak diorang enjoy work as a team. Not like u are the only terror staff kat situ. Dan aku pulak bukanlah reti nak senyum2 bagai bila dah menyampah kat orang. Aku akan tunjuk muka fed-up and meluat biasanya. But now I'm trying to change my behaviour. Working life is not like student where u can do assignment and study alone.

O Allah The Almighty, please help me and give me the strength to face all this for another two months. I think I'm not good to be in this industry. I love business. Maybe I will change my profesion after graduating.

Tuesday 28 May 2013

THE MAKING OF DODDLES

Assalamualaikum divas

Wow hari nie kita rasa sangat excited ok. Dapat belajar buat doddles dengan sendirinya. Tapi hasil tunjuk ajar dari blog jugak ye. Kita lupa pulak nama blog tu sebab kawan opis yang tolong savekan blog tu.Hehehe suka suka suka. Thanks to my colleague, Ili Nadirah. Jasamu akanku kenang, In shaa Allah.

So, inilah hasil-hasil buatan sendiri. Lawa tak lawa tak?

first trial.buat gegurl dulu sebab  kitakan gegurl
 
fesyen rambut yang sangat pedas dan berapi

rambut ke songkok ek?

my abang pedas.ouch!!!

a happy couple doddles.phewitt

tudung dia buruk!!!x abis edit lagi
cohmel!!!

macik sape ni??


Kita tak kisah la orang nak cakap kita bajet ke perasan ke. Sebab kita suka main2 lukis camni. Dulu time sekolah, subjek pendidikan seni paling kita menyampah. Tapi nasib baik cikgu seni hensem. Muahahaha. Sekarang nih dah tua-tua baru nak jadi kreatif. Biar lambat asal selamat ok. (pinjam iklan keselamatan jap)

Sunday 26 May 2013

I LOVE U STUPID (ILUS)

Assalamualaikum WBT

Semenjak berpraktikal nih, aku banyak baca novel. Tapi aku rasa ILUS was very different. Jalan cerita walaupun agak cliche but still has a lot of information. Melur Jelita memang sangat awesome and i wish i could meet her one day. Nak ajak lepak-lepak minum mamak sambil interview camne akak Melur dapat ilham sebegini. So here is the synopsis in brief:

SINOPSIS:

novel I LOVE U STUPID
Cerita ILUS nih pada awalnya tentang seorang pelajar UM yang amik course accounting (sama cam aku) and pada masa yg sama she join SUKSIS. Iris da divas atau dikenali pembunuh senyap lelaki tanpa bayang. Well Iris hidup kat KL dengan family. Seorang yang agak sosial but not terribly social. One day Iris and her group divas nih pegi jalan2. Tetiba time drive tu, datang polis trafik saman kereta Peugeot. Sape lagi si driver kalau bukan Iris. So dari sinilah pertemuan jodoh antara Iris dan Tuan Ebrahim bermula.

Then, rupa-rupanya lepas kena saman tuh, baru Iris and the divas tahu yang Tuan Ebrahim tu adalah salah seorang trainer diorang di SUKSIS UM. Apalagi. gabra semacam la Iris and the divas. Sebab diorang dah cari pasal dengan Tuan Ebrahim masa kena saman tu. Tuan Ebrahim digelar sebagai abang pedas, hot and sexy by Iris. Tuan Ebrahim banyak buli and raging si Iris nih.

Then suddenly watak Tuan Ebrahim is missing. Dah takde nama watak Tuan Ebrahim in the novel. So aku pun macam cerita apa nih. Takkan hero boleh amik MC pulak tetiba. Dan inilah yang aku paling suka pasal kak Melur. The novel is full of suspens. You cant guess the next episode until you read it.

OPINION:

Bagi aku, novel ni terlalu suci dan murni untuk dijadikan filem. Walaupun ramai sangat peminat setia kak Melur insist nak sangat novel ni dijadikan cerita, tapi aku still tak setuju. Sebabnya:

Satu:
Watak dalam novel tak sama dengan realiti. Sebab watak novel adalah imaginasi si penulis. Biasanya manusia sukakan keindahan. Tetapi realiti penuh dengan suka dan duka. Seolah-olah duka itu melengkapkan suka. Bila aku google image je, aku tak sanggup tengok. kenapakah Firman dan Iris digambarkan dengan artis Filipina. Oh tidak sama sekali. Terlalu jauh beza.

Dua:
Input sangat banyak dalam novel ni. Bukan je pasal Kemboja, kisah-kisah Nabi SAW dan sahabat baginda pun ada, sejarah Malaysia dan Kemboja, resepi dan paling aku suka banyak sangat kata hikmah sampai aku rasa nak salin semuanya.

Tiga:
Tiap bait kata-kata yang ditulis oleh kak Melur, seolah-olah mengajak kita untuk sama-sama berfikir. Berfikir dan mensyukuri segala nikmat kurniaan Allah.

Empat:
Citer ni aku boleh kata cerita cliche yang boleh diterima akal dan logik. Cumanya kalau nak difilemkan aku sangat-sangat-sangat TAK BERSETUJU.

Rating: Aku nak bagi 9.5/10. Yang lagi 0.5 tu opkos la untuk aku yang setia membaca. Berat kau novel kak Melur ni. Nak baca sambil golek-golek pun tak bisa.

p/s: kalau buat filem versi kartun ok kot. tapi mesti kartun yang hensem and cantik la.




SUKAR BAGIKU UNTUK MELUPAKANMU

Assalamualaikum WBT

Kata-kata penuh di dada untuk dicoretkan, untuk dikongsi. Tetapi tidak terluah ditangan. Ia hanya sepi dipenjuru hati. Bukan senang untuk kita bercerita kisah hati dengan sesiapa. Kerana hati manusia sukar diteka baik buruknya. Aku lebih selesa untuk menulis. Kerana aku yakin, tulisan tanganku tidak seperti manusia.

Tajuk entry ni takde kaitan dengan sang kekasih ke lover ke boipren ke. Cause i am not having one wokeyh. Entry nih aku buat kerana aku masih teringat kepada sorang kawan. Aku selesa untuk borak dengan dia. Tapi kini dia dah tiada. Sudah menghadap Illahi. Aku tahu aku kena redha. YES  I AM. Cuma terkadang bila keseorangan aku seringkali teringat kat dia.

Aku ada terbaca novel nih. Tentang kematian jugak. So hero novel ni pesan:

"Kalau awak teringat kepada arwah, itu tandanya arwah nak awak buat amal ibadah. At least sedekahkan Al-fatihah kepadanya."

Dan memang hanya itu yang mampu aku lakukan. Moga dikau ditempatkan bersama orang-orang beriman. (Al-fatihah)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...