Tuesday 29 March 2011

peliharalah diriku..amin..

Assalamualaikum...
astaghfirullah
pagi2 buta ni dapat idea nak share satu nasihat di laman diari yang semakin berhabuk ni.
sebenarnya cik oda baru je lepas bergosip dengan kawan2(identiti terpaksa dirahsiakan untuk keselamatan).
macam2 cerita baru dapat tahu.
agak2 dah last semester baru dapat bergosip taw.

cuba awak2 semua bayangkan, someone yg kita sangat respek + alim + baik tapi buat perangai tak senonoh.
oki fine mereka cuba buat secara sembunyi or senyap2.
tapi lagi bagus sorang senior ni,
buat dosa tapi terang-terangan.
teeeettttttt.....
bukan aku nak sokong dia buat dosa tapi at least kita boleh cuba bagi nasihat ke pedoman sikit ke kan.

TAPI,
kalau dah bajet alim2 taik kucing
tapi kat belakang punya la masyaAllah,
kiranya memang pandai la depa buat penyamaran.

sebenarnya,
aku nak ucap disini,
walaupun aku bukanlah kawan yang baik 
or anak yang baik
or belum menjd hamba yang baik
tapi aku bersyukur kerana aku tidak melakukan benda2 ttersebut.

oki, 
aku tahu aku pun banyak gila dosa,
tapi aku taknak jadi mangsa kejian or makian orang
aku try nak improve diri ini menjadi better than yesterday and and excellent for tomorrow.

TAPI, 
aku sangat2 memerlukan dorongan + bimbingan + tunjuk ajar dari orang sekelilingku.

DAN
aku bersyukur kepada-MU ya Allah,
peliharalah diriku ini dari melakukan maksiat dan dosa2
AMIN....

Sunday 27 March 2011

sesat nak balik UIA

kalo sesat kat jalan ni memang kena guna satelit la
semalam berhasrat nak balik awal selepas mengajar di sek Gurney, but then dapat arahan supaya tunggu sebab nak celebrate kejayaan dzatul yang dapat 11A in SPM. kelas yang abis dalam pukul 11.30pg tapi aku bertolak balik jam 2pm. naseb baik ada Ibu Rodiah. dapat jugak borak panjang lebar, actualy best taw dpt borak2 dengan orang tua sebab mereka banyak pengalaman hidup.

hahahahha..part ni paling aku geram kot. sepatotnya aku mengambil masa hanya 30min untuk balik ke UIA tapi semalam dekat sejam lebih. nak taw pasai pa? si ODA ni berlagak konon2 nak try jalan lain la. padahal tak expert. skali ngko dah sampai ke bukit bintang la, jalan stonor lah. nasib baik tak sampai seremban.

tapi aku chill je. wat pe nak havoc2 an, sesat pun dalam malaysia lagi. hahahahaha*evil laugh*. kalo sesat kan best tak payah jawab exam. ish terok la mind set si ODA ni. urmmm. apapun at last aku tahu dah jalan nak ke bukit bintang ke KLCC ke. actualy aku tak pernah jalan sejauh tu sorang2. maybe 1 day aku leh experiment agy. dapat gak lepak2 kat taman KLCC.

dah nama IRON LADY, so berani buat berani tanggung. sebab tu aku berani amik risiko taknak call sape2. aku percaya DIA pasti akan menolongku. seperti final exam, aku pasti dengan pertolonganny-NYA. tapi aku pun kena usaha gak. gogo caiyok PEREMPUAN BESI.

Wednesday 23 March 2011

i am in DANGER

sape boleh tulun? aku dalam BAHAYA. nampak tak sampai aku capslock word tuh.aku rasa sem ni will be the beginning of the worse semester. ODAAAAAA.dun let that penyakit datang lagi. kegagalan adalah permulaan bagi sesuatu kejayaan. remember that? ingat tak dulu add math ko terok giler mula2 but then bila trial n SPM real ko dpt A. dats mean ko BOLEH.once again...ODA BOLEH

Tuesday 22 March 2011

bisnes korporat vs student korporat

bukan senang untuk menjadi senang &
bukan susah untuk menjadi susah

aku memerlukan seseorang untuk guide aku sampai ke puncak;(

urmm.sekarang ni aku dalam dilema. apa yang perlu aku buat bila berhadapan dengan orang korporat.*bukan orang keparat ye*. aku sebagai pelajar mestilah ada zero knowledge. ibarat baby yang baru lahir ke dunia. tak tahu pape pun tentang dunia bisnes. ingatlah bahawa setiap orang yang berjaya bermula dari kegagalan. so orang yang dah berjaya tu patutnya memahami situasi kami yang beliau telah pun lalui. no wonder la kenapa dalila ambik drastic decision like that. kalau aku pun, urmmm no komen la.

kadang-kadang aku selalu positifkan diri, sedapkan hati sendiri. ingat senang ke nak buat kerja2 kemanusiaan ni. baik berhadapan dengan robot or machine sebab kalau rosak boleh baiki je. tapi kalau manusia yang rosak camne? ada suggestion? rendam dalam tangki loji @ masuk dalam minyak panas? hahaahha.kejam gila kau ODA.

aku dah tak tahu nak mengadu pada sesiapa. aku takut orang lain akan down bila aku start cerita kat diorang. so better i keep in my heart. blog pun da tukar jadi iron lady. tapi bila buat entry macam ice-cream lady lak.hahahaha.nope k. aku tak cepat cair. teeeetttttt.

Thursday 10 March 2011

musim pelajar stress

urmm lately ni memang agak bz. blog i pun tak sempat nak jengah. but actually i jarang update kat sini sebab ni blog public. meaning that ramai member + family kenal i. so i tak boleh nak merapu atau mengutuk lebih-lebih. hehehehe. so thats why sekarang ni i have another blog. but for the time being, i taknak bagitau url blog tu lagi. not ready yet lorh.

oki back to my topic, sekarang ni pelajar UIA tengah struggle nak siapkan esaimen + presentation + preparation kuiz + macam2 lagi la. so kat sini, kita kena pandai manage time. i know mesti ada yang kata tak cukup masa la apala. 1001 alasan kan. so bila kita dah urus masa, buat jadual cun-cun, takde alasan la ko tak siap kerja.

stress ni memang bahaya kalau u'ols nak taw. sorang foreigner amik BACC pengsan dalam kelas. ni pun i tahu melalui member yang sama kelas dengan dia. kalo amik BACC ni agak tough la jugak walau tak se'tough' engine an. lagi2 orang macam i ni, amik sampai 21.5 credit hours. so maksudnya i amik 8 subjek. patot la rambut i ni makin nipis je rasanya. hahahahahah. tipu je oki. biasanya orang cakap 18 cr hour pun dah berat, ni apatah 21 cr hour kan.

ada member i sorang lagi ni semalam beliau nangis lepas kelas. pun disebabkan stress. stress pasai pa? pasai pelajaran la. coz member i ni single mingle lagi taw. hehehehe. mati kalo dia tahu i tulis pasal dia. urmm. dulu pun i selalu gak nangis2 ni. lagi2 bila stress an. pastu mula la ajak member i yang nangis ni pergi titiwangsa. pasai i ni sukakan air. nampak tenang je n membuatkan stress pun hilang. so kalaau i stress memang petang2 i selalu pegi sana.

dulu i berani pegi sorang2, but after kena kacau dengan macam2 benda buruk, i jadi takut. so kalau nak pergi sana mesti bawak member. tapi payah sikit bila nak ajak orang sebab bukan semua orang ada minat yang sama dengan kita. so, sape sudi temankan i? hehehehehe

tapi i sangat rasa sem ni sangat penat. tak tahu kenapa tapi lama2 i rasa i boleh adapt dengan pack time ni. i think positively la kan. hehehehe. padahal membuta je keje ko oda. lastly, sabar ye teman2. kita dah nak abis sem ni. just one months to go. after that holiday five months.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...