Tuesday 27 August 2013

RESEPI 1 : BENDI MASAK ASAM

ihsan google

BENDI MASAK ASAM

bawang putih 3 ulas
bawang merah 1 ulas
kunyit
-tumiskan bahan diatas

-bila dah garing, masukkan air 3 cawan

-masukkan lengkuas 1 inch dan 3 keping asam

-bila mendidih, masukkan bendi

-biarkan dalam dua minit,baru tutup api

Makcik tension kalau tengok resepi kat internet. Tak kena dengan selera makcik. Dulu-dulu makcik pernah refer internet nak masak terung masak kicap. Sangat pelik rasanya sampai adik laki makcik tak terkata. Ada ke cuka dan minyak bijan letak dalam masakan terung masak kicap?

Masak ni pun kena kreatif jugak taw beauty and handsome. Korang campak apa pun dalam periuk, kalau korang teror mesti sedap.

P.S : Makcik nih baru nak start belajar-belajar. Korang suka masak apa?

10 FILEM TERBAIK UNTUK JIWA USAHAWAN

Assalamualaikum beauty and handsome

Sempena menyahut seruan kerajaan, makcik nak kempen kat korang. Bakal-bakal graduate, yang dah graduate, atau belum dapat title graduate lagi ke, jom kita menjadi USAHAWAN GRADUAN. Banyak pengalaman yang tercipta bila kita sendiri berniaga.

Setiap orang mesti ada filem yang dia minat. Kalau makcik, makcik layan fighting movie, ghost movie, citer jiwang-jiwang and cerita korea agak kurang berkenan di hati makcik. Tapi sekali makcik layan, tak jalan kerja rumah jawabnya ok. So gegurls and bobois, jom kita usha 10 filem terbaik untuk jiwa usahawan muda. Mungkin boleh dapat motivasi, idea dan semangat untuk berniaga ke, who knows?

1.  THE BILLIONAIRE
Filem ini berdasarkan kisah benar daripada zero menjadi hero mengenai seorang bilionair muda Thailand, Top Ittipat. Top yang pada awalnya seorang yang gila bermain game akhirnya berjaya menjadi usahawan yang berjaya dalam bidang makanan berasaskan rumpai laut.

2.  THE SOCIAL NETWORK
Pelajar Harvard, Mark Zuckerberg (Jesse Eisenberg), mencipta Facebook di dalam bilik asrama beliau. Beliau kemudian didakwa oleh rakan-rakan beliau kerana mencuri idea untuk membina laman sosial paling berjaya dan pantas berkembang itu.

3.  WALL STREET
Filem ini mengisahkan mengenai kisah hidup seorang broker saham yang muda dan laparkan kejayaan, Bud Fox. Filem ini terbaik untuk usahawan kerana ia menunjukkan apa hasilnya apabila keinginan untuk berjaya menguasai hidup anda.

4.  JERRY MAGUIRE
Filem ini berdasarkan kisah benar dan menunjukkan langkah demi langkah kepada penonton untuk berjaya. Setelah membuat keputusan drastik untuk berhenti kerja, beliau melalui penolakan daripada insan-insan di sekelilingnya.
Perlahan-lahan, akhirnya beliau dapat mengenal pasti jalan yang terbaik untuk ditempuhi, dan ia berakhir dengan baik sekali di dalam perniagaan dan juga kehidupan beliau.
5.  THE PURSUIT OF HAPPINESS
Christopher Gardner (Will Smith) cuba untuk menyara keluarganya dengan menjual alat-alat perubatan yang tidak mempunyai permintaan. Beliau mendapat peluang untuk berjuang dengan menjual saham, tetapi beliau tidak akan menerima gaji untuk 6 bulan.
Untuk memenuhi keperluan, beliau terus cuba menjual alat-alat perubatan sehingga satu tahap beliau tidak mampu mempunyai tempat tinggal. Tetapi beliau tetap cekal berusaha sehingga mencapai kerjaya yang diimpikan.
6.  PIRATES OF SILICON VALLEY
Sebuah biografi mengenai pengasas serta pencipta Microsoft dan Apple. Biografi ini memberikan pendedahan bagaimana mereka memulakan dan menguruskan bisnes mereka serta menunjukkan apakah perbezaan besar dalam operasi mereka.
7.  MONEYBALL
Pengurus besar Oakland A, Billy Beane (Brad Pitt) hanya mempunyai bajet yang rendah untuk mengambil pemain pasukan baseballnya. Semua pemain bintang beliau telah meninggalkan pasukan setelah mendapat tawaran yang lebih baik.
Beliau meninggalkan pasukan untuk mencari cara bagi membina sebuah pasukan hebat tanpa memerlukan wang yang banyak. Akhirnya beliau menjumpai satu penyelesaian dengan melihat dan memilih pemain berdasarkan data statistik untuk membentuk pasukan.
8.  UP IN THE AIR
Filem ini mengisahkan mengenai Ryan Bingham (George Clooney) yang pergi ke seluruh negara untuk membuang para pekerja dari syarikat-syarikat lain. Seorang pekerja baru, Natalie Keener (Anna Kendrick) menyertai syarikat itu untuk mengubah model perniagaan semasa dan bergantung sepenuhnya kepada teknologi.

9.  THE AVIATOR
Filem ini berdasarkan kisah sebenar seorang perintis penerbangan, Howard Hughes sehingga tahun 1947. Ia menceritakan mengenai kehidupan Hughes yang menjadi hartawan penerbangan dan pada masa yang sama mengalami masalah tidak stabil akibat gangguan obsessive-compulsive yang teruk.

10. RISKY BUSINESS
Filem ini merupakan antara filem yang menyeronokkan. Ia menceritakan bagaimana mengambil peluang berisiko tinggi di depan mata. Filem yang dilakonkan oleh Tom Cruise ini mengisahkan mengenai seorang lelaki yang terpaksa berhadapan realiti untuk mencari duit sebelum kepulangan ibu bapanya.

P.S : filem apa yang beri inspiration kat beauty and handsome? jom sharing is caring.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...