Sunday 7 November 2010

~penyakit tidur~

kali ni saya nak berbicara tentang penyakit tidur. kebanyakan ahli keluarga saya semua diserang dengan penyakit tidur kecuali umi. dari abah, along, amat, pah, oda, semi, dekkah, shaari sampai la qdad sume kna serangan penyakit tidur. terutama sekali tidur selepas subuh.

TIDUR SELEPAS SUBUH

Betul ke ada hadis yang mengatakan tidak baik tidur selepas subuh? orang yang tidur selepas subuh akan dipayahkan rezeki baginya. hadis sahih ke palsu? setelah dikaji, sebenarnya tidak ada larangan untuk tidur selepas subuh. jadi ianya jatuh kepada hukum harus. CUMA, amalan Rasulullah saw dan para sahabat adalah mereka berjaga sehingga matahari naik. 

jadinya dikesempatan ini, tidak salah jika kita meniru perbuatan baginda dan para sahabat. walaupun ia tidak diharamkan untuk tidur after subuh, tetapi amat baik jika kita dapat menyegarkan diri di pagi hari. sedaya upaya kita cuba tahan mata ni dari tertutup. contohnya keluar joging ke jalan2 ke siapkan sarapan ke atau cari member buat aktiviti pekdah.

benda macam ni tak boleh dipandang remeh sebab nanti bila korang dah berkeluarga camne? kalo habit korang tidur lepas subuh mesti anak2 korang pun akan ikut. so korang jangan marah la pulak kat anak2 nape tidur lepas subuh sebab perangai anak2 terbentuk dari didikan ibubapa.

contoh la, kalo korg ni wanita, bila dah terbiasa tidur sampai pukul 11 pg n then bila husband balik tengok korang x masak lagi. mesti si lelaki akan kuciwa. dari cni pun boleh timbul masalah bila laki dah start makan kat luar. makin panjanglah langkah si lelaki.

ok, kalo korang ni laki2 pulak, ingat ye kalo korang malas sgt bagi nafkah kepada family, tak mustahil bini korang akan tinggalkan korg. n pikir ckit apa2 anak2 akan pikir pasal korang. "ish ayah ni dok buat taik mata je,sian mak keje sorang2". anak akan jadi benci kat korang wahai lelaki@ayah.

rujukan al-ahkam.net

 TIDUR SELEPAS ASAR
saya ni nak cerita bab agama memang tak pandai. terlalu sedikit ilmu yang ada. cuma untuk dikongsi bersama sahabat2 saya rasa oki la. sharing is caring kan. hehehe. nanti setelah saya dapat kesahihan hukum tidur selepas asar ni saya wat entry baru. tapi sekarang ni nak cerita pasal pengalaman dulu.

ceritanya camni, dlu masa dok asrama kat sek men, memang habit pelajar aspuri(asrama puteri) suka sgt tidur lepas study petang. sebab pelajar aspuri ni suka stay up mlm2, bila ptg dah tidur mlm mst celik an. macam mana pun, schedule blaja dah ditetapkan so pelajar memang kena follow la study ptg dlu walaupun mata ngantuk nak pejam. 

ada sorang senior form 6 ni memang asal masuk waktu asar memang dah jadi hukum wajib tuk dia tido. sampai satu masa ni bila dia bangun tido je dekat2 kul 6ptg cmtu, dia langsung tak ingat sape nama dia, tinggal kat mana, subjek dia belajar. kebetulan besok nak exam, member dia tanya la apa yg diorg dah revise tp dia langsung tak ingat.

so the moral is aku takleh sure 200% yang benda ni terjadi sebab dia tidur lepas asar atau dia kena sampuk. tapi kita think positive la. Why we do not want to take something that is beneficial to us? but we still want to do something harmful to us? 

p/s: idea pasal tidur ni aku dapat dari mbah(nenek) lepas mbah cerita pasal anak2 + cucu dia yang semua de penyakit yang sama iaitu penyakit tidur kecuali satu anak mbah ni yang aku panggil pakman zaid. famili pakman zaid je len dari yg len. aku cerita len kali pulak ye 



2 comments:

Siti Nurhuda Husna Zulkarnain said...

Woa, nak tahu cerita pasal pakman zaid tu. Apa yang lainnya? Hee~

oda said...

oki..t kte update kan ye..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...